Adakah Al Haji Kamara Pemain Yang Akan Ganti Figueroa Di JDT?

Sebelum ini lidah rasmi JDT, Johor Southern Tigers memberitahu yang mereka akan menggantikan Luciano Figueroa dengan pemain baru apabila jendela perpindahan dibuka kelak.

Lalu timbul banyak spekulasi dan teori tentang siapakah bakal pengganti Luciano Figueroa yang merupakan legenda hidup JDT.

Semalam, hanya dengan satu muat naik gambar di Facebook dengan status ber-emojikan cili merah, Al Haji Kamara meletakkan lokasi gambar tersebut di Kota Tinggi, Johor.

Status itu mendapat perhatian ramai. Ada juga yang mulai menimbulkan persoalan, adakah Al Haji Kamara akan kembali menyarung jersi JDT?

Profail

Nama : Al Haji Kamara
Posisi: Penyerang
Tempat lahir: Freetown, Sierra Leone
Tarikh lahir: 4/16/1994

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel lama kami tentang pemain ini di pautan: 5 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Alhaji Kamara

Al Haji Kamara menyertai JDT pada 2015 dengan status pinjaman. Agak menarik, beliau ketika itu turut menggantikan slot Luciano Figueroa yang hanya akan beraksi pada Piala AFC sahaja.

Namun JDT memutuskan untuk tidak mengaktifkan klausa pembelian tetap dan menamatkan kontrak pinjaman Kamara selepas pemain itu gagal menyerlah. JDT ketika itu memutuskan untuk mengambil semula Jorge Pereyra Diaz.

Selepas kembali semula ke IFK Norkkoping, beliau mendapat sentuhan terbaik beliau dengan menjaringkan 21 gol daripada 48 penampilan.

Itu yang membuatkan beliau dipinang oleh kelab MLS, DC United. Beliau sempat merekodkan jaringan terpantas untuk pemain simpanana apabila menentang Kansas City dalam debut beliau pada 27 Mei 2016.

Hanya 33 saat di atas padang, Kamara menjaringkan gol. Namun Kamara ada konflik dengan doktor pasukan yang menuduh Kamara ada masalah komplikasi jantung dan dinasihatkan untuk tidak meneruskan karier dalam bola sepak.

Al Haji Kamara tidak bersetuju dengan laporan itu dan meneruskan karier bola sepak beliau. Kamara akhirnya berpindah ke kelab Arab Saudi, Al-Taawoun FC secara percuma.

Kamara hanya bermain 9 perlawanan untuk DC United dan hanya 2 kali di kesebelasan utama.

Jadi, adakah Al Haji Kamara akan ke JDT lagi? Ataupun beliau hanya bercuti di Johor. Atau mungkin gambar itu hanyalah gambar ‘throwback’?

Sama-sama kita nantikan siapakah sebenarnya pengganti Luciano Figueroa selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN