Ginney Chew Rasa Bersalah Dengan Marcote Yang Menjadi Mangsa Konflik Dalaman KFA

Pengarah ECK Sdn. Berhad, Puan Sri Ginney Chew antara orang yang paling bekerja keras dalam menunaikan impian penyokong Kedah yang mahukan Ramon Marcote menjadi jurulatih mereka.

Beliau ternyata kecewa dengan tindakan KFA yang disifatkan beliau sebagai unilateral. Dalam kenyataan beliau di Facebook semalam, beliau yakin yang Ramon Marcote adalah jurulatih yang bagus.

“U are a good Coach with a good heart Marco.” (Anda seorang jurulatih yang bagus dan baik hati Marco)

“Seperti yang anda ketahui, semalam pihak Kedah FA secara unilateral telah memutuskan bahawa saya tidak akan meneruskan tugas sebagai ketua jurulatih Helang Merah.”

Bercakap kepada Mstar Online, Ginney Chew menyifatkan Ramon Marcote sebagai mangsa keadaan. Ini selepas KFA menghadapi konflik dalaman.

Apa yang berlaku kepada Marcote memberikan kesan kepada Ginney Chew kerana beliau adalah orang yang meminta Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Hanipah membawa pengendali dari Sepanyol itu ke Kedah.

Ginney Chew merasakan dirinya sebagai telah mengacau dan memusnahkan hidup Marcote kerana Marcote ada karier yang baik di Sepanyol. Marcote datang ke Kedah kerana beliau mahu membantu pasukan tersebut.

Seperti yang kita semua tahu, Marcote sentiasa mengikuti perkembangan pasukan Kedah walaupun di mana sahaja.

“Saya lagi sedih sebab saya yang minta presiden KFA untuk bawa Marcote datang ke sini. Saya rasa macam dah musnahkan masa depan dia, kacau hidup dia yang lebih baik di Sepanyol.”

Ginney Chew merasakan, KFA seharusnya memberikan peluang kepada Marcote, paling tidak pun sehingga separuh musim. Lebih mengejutkan, ada pihak yang menuduh Marcote tiada lesen A.

“Saya terkejut baru-baru ni ketika ada mesyuarat, ada seorang individu menuduh Marcote tidak ada Lesen A.”

“Saya terkejut dengan pendedahannya itu. Setahu saya Marco mempunyai lesen profesional, PHD malah dia mempunyai kelayakan lebih daripada semua jurulatih di Malaysia.”

Justeru Ginney Chew menganggap tindakan individu tersebut sebagai sengaja mencari alasan untuk menyingkirkan Ramon Marcote.

Beliau juga memberitahu yang pandangan beliau kini tidak diendahkan oleh KFA. Lebih mengecewakan, sebelum ini Presiden KFA berjanji akan memberikan peluang kepada Marcote. Namun sebaliknya, KFA telah menggugurkan nama Marcote daripada Ketua Jurulatih dan memberikan jawatan Jurulatih Pembangunan.

“Apa yang dibincangkan dalam mesyuarat, tidak sama langsung dengan keputusan dibuat selepas itu. Presiden kata nak bagi peluang, tetapi komuniti yang buat keputusan. Inilah yang membuatkan saya terkilan.”

Ginney mahu penyokong tahu yang beliau sudah tak kuasa lagi terlibat dengan KFA dengan keadaan pasukan yang penuh konflik.

Beliau mengakui ada beberapa penyokong mahukan Ginney Chew membantu mengembalikan semula Ramon Marcote kepada jawatan ketua jurulatih. Tetapi itu agak sukar buat masa ini kerana kuasa beliau tiada kuasa.

Ramon Marcote dalam satu muatnaik di instagram membayangkan yang beliau akan menentukan masa depan beliau selepas ini di Kedah. Ini selepas KFA mengumumkan beliau diturunkan pangkat ke jawatan jurulatih pembangunan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN