Ada ‘Muka Baharu’ Bakal Sertai Kem Latihan Skuad B-23 Negara?

Skuad bawah 23 negara (B-23) ketika ini mula menjadi perhatian ramai, ekoran saingan Piala Asia B-23 di Qatar bakal berlangsung tidak beberapa bulan sahaja lagi.

Ketika ini, pasukan B-23 Malaysia masih lagi belum mengadakan sebarang kem latihan pusat atau mengharungi mana-mana aksi persahabatan sehingga mengundang resah dalam kalangan penyokong di media sosial.

Walaupun begitu, ada khabar gembira akhirnya kedengaran buat kem kebangsaan B-23 apabila siri latihan bakal berlangsung seawal bulan hadapan dengan para pemain terpilih akan dipanggil.

Ianya disahkan sendiri melalui pengurus skuad B-23 negara iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar dengan menyatakan kem latihan bakal bermula bulan hadapan demi memastikan tahap para pemain berada dalam keadaan optimum.

Malah, Shahril juga menyatakan berkemungkinan juga kem B-23 negara bakal diisi para pemain baharu menerusi panggilan dibuat oleh pengendali utama iaitu Juan Torres Garrido.

“Kita akan memanggil barisan pemain untuk menjalani latihan bermula Mac ini. Torres akan menyenaraikan nama pemain untuk menggalas tanggungjawab terbabit.

“Pada masa sama, kemungkinan ada muka baharu dalam pasukan namun ia bergantung kepada Torres untuk memilih pemain bersesuaian,” katanya menerusi laporan dikeluarkan oleh Harian Metro.

Menerusi situasi tersebut, ada kemungkinan pemain muda yang kini berpangkalan di England iaitu Richard Chin bakal dipanggil untuk menyarung jersi kebangsaan buat pertama kali.

Terdahulu, bintang muda berkenaan telah pun hadir dalam sesi latihan bersama rakan sepasukan B-23 negara sebelum namanya tidak dipanggil untuk mengharungi aksi persahabatan Tier 2 menentang China.

Hadir dengan pengalaman beraksi di England, Richard memiliki kelebihan beraksi di posisi pertahanan kiri dengan baik serta berupaya mengimbangi bahagian serangan menerusi kerajinan beliau untuk naik dan turun.

Selain Richard, beberapa pemain muda negara kini yang tidak pernah dipanggil juga mula menampilkan kualiti permainan memberansangkan seperti bekas penyerang muda Kelantan musim lalu, Khalaif Naskam.

Pada usia 22 tahun, beliau tampil mencuri peluang sejak pertengahan Liga Super tahun lalu untuk menjadi antara penyerang lincah Kelantan walaupun pasukan tersebut mengalami pelbagai isu dalam dan luar padang.

Akhir sekali, ada kemungkinan juga Juan Torres mengintai peluang terbaik untuk memanggil mana-mana pemain warisan yang masih muda untuk diketengahkan bersama skuad B-23 kebangsaan kelak.

Pandangan anda?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN