‘Ada Berani?’ – FAM Disaran Ambil Tindakan Tegas Terhadap TMJ

Kritikan serta pendapat yang diberi oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Sultan Ismail Sultan Ibrahim mengenai situasi semasa bola sepak negara serta Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi satu wawancara eksklusif baru-baru ini dianggap telah memberi pandangan negatif buat badan induk tersebut.

Oleh itu, Kamaruddin Abdullah selaku bekas Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM memberi pendapat  mengenai pemilik pasukan Johor Darul Takzim (JDT) itu wajar dikenakan tindakan sepatutnya seperti yang pernah dikenakan kepada individu-individu lain dalam bola bola sepak sebelum ini.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Menurut beliau secara tegas, badan induk bola sepak negara itu perlu tampil berani untuk mengambil sebarang tindakan pada mana-mana individu yang jelas melanggar undang-undang bola sepak bagi memastikan FAM itu sentiasa telus.

“Kita kena lihat kedudukan Tunku Ismail dan sebagai pemilik pasukan, beliau memang ada akses terus kepada FAM dari aspek peranan. Kalau daripada pendapat saya, beliau sebahagian daripada ahli gabungan FAM juga.

“Jika beliau mengkritik maka samalah juga sebagai contoh jurulatih yang pernah memberikan kritikan sebelum ini. Tiada beza (dalam aspek ini). Hukuman mungkin penggantungan atau denda, itu sahajalah.

“Apabila beliau memasuki arena bola sepak, kita perlu anggap beliau sebagai pemilik pasukan JDT. Jadi, FAM perlu berani dan telus untuk mengambil tindakan di mana kalau ada kesalahan dalam ruang lingkup bola sepak, tindakan harus diambil,” katanya kepada BH Sukan.

Tunku Ismail sebelum itu dengan lantang mengkritik segala kelemahan yang ada pada pengurusan FAM terutama sekali membabitkan isu badan induk tersebut yang tidak menepati perancangan awal untuk menghantar skuad bawah 23 tahun negara (B-23) ke saingan Piala AFF 2020, sebaliknya mengubah pelan saat akhir dengan menghantar skuad senior.

Selain itu, TMJ turut menekankan isu komunikasi lemah daripada FAM yang dilihat tidak telus menyampaikan segala info dan maklumat penting kepada peminat bola sepak mengenai status pemain sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi yang tidak baik dalam kalangan sesama penyokong.

Jika diimbas kembali, rekod menunjukkan FAM tidak pernah bersikap ‘pilih kasih’ kepada mana-mana golongan atasan kerana sebelum itu hukuman pernah dikenakan kepada TMJ pada tahun 2013.

Pada ketika itu Tunku Ismail didenda dengan penggantungan selama enam bulan serta denda sebanyak RM18,000 atas kapasiti TMJ selaku Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

TMJ didenda ketika itu oleh FAM kerana tindakan Tunku Ismail yang lantang mengkritik serta meluahkan rasa tidak puas hati dengan mutu pengadilan Liga Malaysia (Liga-M) yang dianggap berada di tahap amatur dan tidak berkualiti.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN