Percaturan Benjamin Mora yang melakukan penggiliran pemain jelas sekali memberikan kesan buruk apabila Johor Darul Ta’zim (JDT) menghadapi masa sukar berdepan Kawasaki Frontale.
Turun tanpa maestro iaitu Natxo Insa jelas sekali kehilangan utama JDT dalam berdepan wakil dari Jepun itu.
Perkara itu jelas sekali ketara apabila JDT tumbang dengan tiga gol di separuh masa pertama.
Mereka ketinggalan pada minit ke-14 menerusi jaringan Yasuto Wakizaka. Tersentak dengan jaringan itu, JDT terus dihukum dengan dua lagi gol.
Dua gol lagi terhasil menerusi Yu Kobayashi pada minit ke-31 sebelum pemain yang sama menjaringkan jaringan ketiga Kawasaki dua minit sebelum masa kecederaan separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, tugas JDT semakin sukar apabila mereka perlu mencari tiga gol untuk mencabar Kawasaki.
Namun segala usaha mereka tidak membuahkan hasil apabila mereka tidak mampu untuk menembus pertahanan Kawasaki dengan mudah.
Lebih malang, Kawasaki menambah jaringan keempat mereka menerusi Marcinho pada minit ke-81.
Pemain yang digelar sebagai Messi Thailand, Chanathip Songkrasin memateri kemenangan besar Kawasaki pada minit ke-88 untuk memastikan tiga mata milik mereka.
Kekalahan ini pasti akan menimbulkan tanda sola penyokong JDT kepada Mora dengan ketumpulan serangan menjadi isu.
Hanya satu percubaan tepat sahaja yang berjaya dihasilkan daripada enam rembatan yang dihasilkan mereka.
Sesuatu harus dilakukan oleh Mora dan JDT, semestinya kebangkitan harus dilakukan.
Keputusan penuh, Johor Darul Ta’zim 0-5 Kawasaki Frontale.