ACL: Bukan Masa Untuk Panik, Peluang Masih Terbuka Luas Buat JDT

Benjamin Mora JDT ACL 2022

Tewas 5-0 kepada Kawasaki Frontale dalam aksi keempat peringkat kumpulan bukanlah keputusan yang dimahukan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL).

Apatah lagi skuad kendalina Benjamin Mora tersebut ‘dibenam’ dengan jumlah jaringan cukup besar dan akan memberi kesan kepada kedudukan kumpulan yang akan menentukan nasib mereka dalam misi untuk mara ke pusingan seterusnya.

Selepas menempuh empat perlawanan, JDT turut kehilangan status selaku pendahulu dengan tujuh mata, ketinggalan satu mata di belakang Kawasaki Frontale yang masih mengekalkan rekod tanpa kalah.

Sejauh mana peluang JDT?

Berdasarkan format pertandingan, 40 pasukan bertanding telah dibahagikan kepada 10 kumpulan dan ia dibahagikan pula kepada dua zon iaitu 5 kumpulan wilayah barat (A-E) dan 5 kumpulan wilayah timur (F-J). JDT yang diundi dalam kumpulan I berada di wilayah timur.

Untuk menentukan 16 pasukan yang akan mara ke pusingan kalah mati, hanya juara kumpulan sahaja yang akan layak secara automatik, manakalah baki enam pasukan lagi akan dipilih daripada tiga naib juara terbaik daripada kedua-dua wilayah.

Berdasarkan kedudukan semasa, peluang JDT untuk mara ke pusingan seterusnya masih terbuka kerana tiga pasukan dalam kumpulan mempunyai kedudukan mata yang amat rapat.

Dalam bola sepak, segalanya kemungkinan boleh berlaku. Dua baki perlawanan selepas ini perlu dimanfaat sepenuhnya oleh JDT untuk mendapatkan enam mata maksimum.

Sinar pasti bererti

Menentang skuad ‘budak-budak’ Guangzhou FC seharusnya menjadi ‘lubuk’ mata penuh. Manakalah perlawanan terakhir menentang Ulsan Hyundai pula meskipun agak mencabar, JDT telah pun membuktikan kemampuan mereka dalam pertemuan pertama tempoh hari.

Situasi terbaik adalah mengutip enam mata maksimum dan mengharapkan Kawasaki Frontale keciciran mata apabila bertemu Ulsan Hyundai. Tetapi jika ia tidak berlaku, menamatkan saingan peringkat kumpulan selaku naib juara dengan 13 mata adalah cara terbaik untuk mara.

Walau apa pun keputusannya selepas ini, JDT telah pun menjadikan kempen ACL tahun ini sebagai persembahan terbaik mereka sejak menyertai kejohanan berprestij di benua ini.

Kelebihan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim untuk kesemua enam perlawanan harus dimanfaatkan sepenuhnya untuk skuad Harimau Selatan terus membawa nama negara di persada Asia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN