ACL 2023: Ketajaman Bergson Beri Kerisauan Buat Pengendali Kawasaki Frontale

Nama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson da Silva tidak lagi perlu diperkenalkan buat para penyokong bola sepak Malaysia, ekoran ketajamannya sudah pun diakui sejak beberapa musim bersama pasukan tersebut.

Malah, Bergson bukan sahaja memberi mimpi ngeri buat pasukan dalam aksi Liga Malaysia (Liga M), malah nama penyerang dari Brazil itu juga menjadi sebutan di pentas AFC Champions League (ACL) tahun ini.

Apa tidaknya, beliau sudah pun membuktikan ketajamannya pada tahun lalu ketika beraksi dalam saingan ACL bersama JDT menerusi gandingan hebat bersama Fernando Forestieri selaku penggempur utama Harimau Selatan.

Untuk musim ini, nama Bergson sekali lagi menjadi sebutan selepas pengendali Kawasaki Frontale iaitu Toru Oniki menyifatkan penyerang berbisa itu perlu dirantai sebaik mungkin sepanjang tempoh 90 minit perlawanan berlangsung.

Selain Bergson, pemain tengah import JDT musim ini iaitu Juan Muniz Gallego juga antara disebut pengendali itu yang dianggap mampu memberi ancaman buat Kawasaki pada perlawanan malam ini.

JDT bakal melayan kunjungan Kawasaki Frontale malam ini untuk aksi pertama ACL 2023 peringkat Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri untuk misi kemenangan sulung.

Beraksi di gelanggang lawan, Oniki sedar kekuatan semasa dimiliki oleh pasukan tuan rumah dan mahu para pemain kendaliannya tampil dengan aksi terbaik untuk mengekang kombinasi serangan JDT sekali gus mampu elak daripada kekalahan.

“Kami gembira dapat menyertai saingan ACL sekali lagi. Kami kembali ke Johor dan sedar ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar apabila berhadapan JDT dan kami mahu lakukan yang terbaik pada aksi malam esok.

“Pasukan kami juga sedar yang JDT semakin berkembang dan mereka mempunyai pemain yang baik dari segi corak permainan individu. Ia sukar tetapi apa yang penting kami sentiasa mahu memenangi aksi pertama dalam saingan kumpulan itu.

“Pemain kami perlu merantai kesemua pemain JDT terutama pemain nombor 9 (Bergson Da Silva) dan nombor 20 (Juan Muniz) serta semua pemain serangan kerana mereka sangat berbahaya,” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, pengendali berpengalaman itu juga menyatakan mereka mempunyai perancangan untuk mendapatkan gol awal perlawanan kerana menyedari suasana di SSI mampu membuatkan pasukan tuan rumah mencipta kejutan tidak diingini.

“Dari pengalaman yang lalu, kami mesti jaringkan gol awal kerana keadaan di stadium ini sangat menakjubkan dan kami perlu mengawal perlawanan dari awal jika ingin menang.

“Kami cuba perbaiki setiap masa dan akan beri saingan ketika perlawanan meskipun kami mempunyai lapan pemain baharu yang dinaikkan pangkat dari skuad remaja berbanding skuad tahun lalu,” jelasnya lagi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN