JDT apabila sekali lagi menewaskan wakil dari Korea Selatan dengan jaringan 2-1 di Stadium Sultan Ibrahim sebentar tadi.
Perlawanan tersebut menjadi perlawanan wajib menang bagi kedua-dua pasukan untuk bergelar juara Kumpulan I AFC Champions League, sekaligus melayakkan diri ke pusingan kalah mati pertandingan tersebut.
JDT mencipta sejarah tersendiri dalam pertandingan AFC Champions League 2022 apabila mara ke pusingan akhir pertandingan tersebut buat kali pertama sejak beraksi di pentas kelab elit Asia itu pada 2016.
https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1520331870658973696
Juara Piala AFC dan juara lapan kali Liga Super Malaysia lapan kali berturut-turut itu juga menjadi kelab pertama dari negara ini untuk berbuat demikian.
JDT memberi tekanan dan menjaringkan gol pertama perlawanan seawal minit ke-5 perlawanan hasil sepakan percuma cantik Leandro Velasquez.
Kelebihan itu bagaimana pun hanya kekal selama seminit selepas rembatan Jun Amano gagal menewaskan Farizal Marlias.
https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1520332696735477762
Kedudukan 1-1 di antara kedua-dua pasukan kekal sehingga tamat babak pertama perlawanan.
Separuh masa kedua terutamanya pada 15 minit terakhir perlawanan menyaksikan JDT terus memberikan tekanan.
Malah jaringan Fernando Forestieri dibatalkan pengadil perlawanan kerana didakwa offsaid walaupun gol tersebut dilihat tidak mempunyai masalah.
https://twitter.com/ElevenSportsSEA/status/1520360008235421697
JDT akhirnya menamatkan perlawanan dengan penuh dramatik apabila sepakan terakhir pemain muda, Arif Aiman dari sebelah sayap kanan gagal ditampan kemas pemain pertahanan Ulsan, Park Yong-woo sebelum bergolek ke gawang sendiri untuk gol kemenangan JDT.
Satu lagi perlawanan Kumpulan I menyaksikan Kawasaki Frontale menewaskan Guangzhou FC 1-0.