ACL 2022: Guangzhou FC Sekadar Hantar Skuad Remaja Lawan JDT

Guangzhou FC dilaporkan akan hanya menghantar skuad remaja mereka untuk pertandingan AFC Champions League (ACL) yang akan bermula pada April ini.

Kelab dari China itu diundi di dalam Kumpulan I akan membuka tirai saingan berhadapan juara Liga Super Malaysia (MSL) lapan kali berturut-turut, JDT pada 15 April akan datang.

Menurut Asean Football, angkah Guangzhou menghantar skuad remaja ke pertandingan elit kelab-kelab Asia itu dilaporkan oleh beberapa media di China baru-baru ini.

Selain JDT, Guangzhou turut akan berhadapan Ulsan Hyundai pada 21 April di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos pada 21 April, sebelum menutup saingan Kumpulan I menentang Kawasaki Frontale enam hari kemudian di Stadium Sultan Ibrahim.

Terikat jadual liga domestik

Guangzhou FC bukan satu-satunya pasukan dari China yang hanya sekadar menurunkan skuad kedua untuk pertandingan ACL pada tahun ini.

Turut akan berbuat demikian ialah dua lagi kelab dari Liga Super China (CSL), Shandong Taishan dan Shanghai Port yang turut mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut musim ini.

Langkah tersebut dipercayai terpaksa diambil disebabkan pertandingan ACL yang diadakan secara berkelompok dan memakan masa selama dua minggu turut bertembung dengan jadual liga domestik di negara berkenaan.

Pendekatan tersebut bukanlah perkara baru di kalangan kelab-kelab China. Guangzhou yang masih dikendalikan oleh jurulatih Itali, Fabio Canavaro pada musim lalu turut menurunkan skuad kedua untuk pertandingan ACL pada musim lalu.

Tindakan tersebut turut menimbulkan tanda tanya mengenai sejauh mana kesungguhan kelab-kelab dari China bertanding di pertandingan elit kelab bola sepak Asia itu.

Satu perkara yang pasti, ia tidak akan membantu usaha Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk memartabatkan dan menaikkan nilai komersil pertandingan itu.

Guangzhou dilanda krisis?

Sebelum ini terdapat laporan Guangzhou – pernah disifatkan sebagai kelab terkaya Asia – mengalami krisis kewangan yang teruk.

Malah pada Februari lalu juara CSL sebanyak lapan kali itu bertindak melepaskan semua lima pemain kelahiran Brazil yang juga merupakan pemain naturalisasi China milik mereka.

Ia adalah antara tindakan yang terpaksa dilakukan oleh kelab selepas pemiliknya, China Evergrande mengalami masalah kewangan.

Semua lima pemain dijadikan pemain naturalisasi di China dalam usaha negara tersebut meramaikan lagi bakat bola sepak bertujuan untuk melayakkan diri ke Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada 2002.

Langkah itu bagaimanapun memakan diri. Kos yang terpaksa ditanggung oleh kelab agak tinggi, tetapi China tetap gagal layak ke Piala Dunia di Qatar pada musim panas akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN