Achmad Jufriyanto Tinggalkan Persib Bandung Untuk Sertai Kuala Lumpur

Suasana sedih menyelubungi kem pasukan Liga Indonesia, Persib Bandung apabila tonggak pertahanan mereka, Achmad Jufriyanto membuat keputusan untuk berhijrah ke Liga Malaysia.

Pengurusan Persib Bandung mengesahkan kontrak Jufriyanto dengan pasukan itu telah ditamatkan dan mereka membuat keputusan untuk melepaskannya ke pasukan Kuala Lumpur.

“Pihak pengurusan PERSIB dengan ini mengumumkan telah melepaskan Achmad Jufriyanto sebagai pemain PERSIB untuk musim 2018,” kata kenyataan daripada laman web rasmi mereka.

“Pihak pengurusan juga mengucapkan terima kasih kepada Jufriyanto di atas komitmen beliau bersama pasukan selama ini.

“Dia telah beraksi dengan Persib sejak tahun 2014 dan meraihkan 2 gelaran juara Liga Indonesia 2014 dan juara Piala Presiden 2015,” katanya.

Sementara itu, Achmad Jufriyanto mengakui berat hati untuk meninggalkan Persib Bandung setelah membuat keputusan untuk berhijrah ke Malaysia.

Beliau sempat menitis air mata ketika mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya sambil berpelukan.

Keputusan tersebut diambil setelah beliau berbincang dengan pihak pengurusan kedua-dua pihak.

“Sebenarnya saya terima dua tawaran dari Thailand dan Malaysia. Tetapi kelab Malaysia yang paling serius. Jadi, saya pilih untuk berhijrah ke Liga Malaysia.

Beliau mengakui keputusan untuk meninggalkan negaranya berhijrah ke kelab luar memang sukar dan memerlukan perbincangan dengan semua pihak.

“Saya memohon maaf apabila selama di sini ada sesuatu yang tidak berkenan di hati teman-teman semua, pihak pengurusan PERSIB dan barisan jurulatih.

“Saya harapkan sokongan daripada mereka . Kerana kita harus tetap saling menyokong, mendoakan dan ini yang terbaik untuk kita semua,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Kuala Lumpur tidak dapat menandatangani pemain itu kerana berlaku isu pelepasan daripada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI).

‎Dengan kemasukan Jufriyanto, slot pemain import pasukan Kuala Lumpur kini sudah lengkap sepenuhnya.

Skuad bimbingan Fabio Marciel ini baru dinaikkan ke Liga Super musim ini setelah muncul sebagai juara Liga Perdana 2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN