Marco Giampaolo menyatakan pasukan beliau, AC Milan tidak berhak untuk kalah di tangan Torino dalam aksi Serie A semalam. Hal ini kerana Giampaolo berpendapat, AC Milan telah mempamerkan aksi terbaik mereka setakat ini, dalam musim ini.
AC Milan tewas 2-1 di tangan Torino. Dan ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut AC Milan, selepas kekalahan di tangan Inter dalam derbi.
AC Milan kelihatan bermain sangat baik, dalam usaha mereka bangkit daripada kekalahan mereka. Milan turut mendahului menerusi pealti Piatek pada minit ke-19.
Namun Torino menang dengan cara yang disifatkan oleh Giampaolo sebagai kejam. Belotti mendapatkan 2 gol dalam jarak 4 minit, pada minit ke-72 dan ke-76.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, Giampaolo berkata: “Perlawanan ini kita kawal, namun kita tak ada penyudah yang lebih klinikal untuk membunuh perlawanan ini.”
“Kami menguasai perlawanan, sehinggalah keadaa berubah apabila mereka menjaringkan gol dalam jarak 4 minit.”
“Kita ada peluang untuk menambah gol menerusi Piatek dan [Franck] Kessie, dan kita mencipta beberapa peluang gol.”
“Kita melakukan beberapa kesilapan dalam perlawanan ini, namun, ini adalah persembahan terbaik AC Milan musim ini, buat masa ini.”
“Kami menguasai perlawanan dalam tempoh yang sangat panjang.”
“Jelas sekali, kekalahan bukannya perkara yang bagus. Ianya membuatkan saya kecewa, kerana pasukan ini sudah berusaha sedaya upaya dan memberikan segalanya di atas padang. Jadi, apabila keputusan positif gagal dicapai, ia sangat mengecewakan.”
“Para pemain kami cuba bermain dalam pasukan mengikut perancangan kami, berbanding dengan beraksi secara individu.”
“Ini kekalahan yang tidak sepattnya dan ia boleh mengganggu perkembangan pasukan ini, keyakinan kami. Namun saya melihat pasukan AC Milan sangat baik, dan saya harap perkara ini tak akan mematahkan semangat mereka.”
“Saya ada sekumpulan pemain yang sangat ampuh. Kita tahu Theo Hernandez dan Ismael Bennacer bakat yang sebenar, ini tidak mengejutkan.”
“Saya yakin pasukan ini akan terus meningkatkan diri dan kekal di landasan yang tepat, walaupun ada sedikit terganggu.