Arsenal Adakan ‘Pilihanraya’ Kapten

Unai Emery dilaporkan telah meminta kesemua pemainnya mengundi kapten baharu pasukan Arsenal. Setiap seorang pemain perlu memilih siapakah calon kapten.

Undian tersebut adalah tertutup dan rahsia. Para pemain tidak dibenarkan untuk mendedahkan siapa uang mereka undi.

Pada para musim lalu, Unai Emery memberikan lilitan kapten kepada Granit Xhaka pada awal musim ini. Emery turut meletakkan Mesut Ozil dan Hector Bellerin sebagai antara pemain yang boleh menjadi kapten jika mereka di atas padang.

Unai Emery kemudian meminta pasukannya untuk memilih kapten tetap pasukan tersebut. Namun beliau memutuskan untuk menangguhkan perkara itu ketika aksi menentang Eintracht Frankfurt.

Emery merancang, selepas aksi menentang Forest dalam Piala Carabao, beliau mahu menyelesaikan perkara itu.

Pemain Arsenal, Rob Holding telah memberitahu media bahawa mereka sudah diarahkan untuk mengundi kapten pasukan, dan meminta para peminat bersabar menunggu siapakah pemenang.

“Kita mengundi siapakah kapten pasukan. Kita tunggulah nama yang akan terpilih itu nanti. Kami diminta menulis pada sehelai kertas, dan memberikannya kepada pengurus.”

“Pengurus akan meneliti perkara ini dan lihatlah keputusannya nanti.”

“Saya tidak tahu bila keputusan akan dimumumkan. Mungkin dalam masa beberapa hari lagi, ataupun minggu. Saya tidak tahu.”

“Jika saya dapat jawatan itu, saya sangat berbangga dan berbesar hati untuk menggalas tugasan selaku kapten Arsenal. Ia pastinya luar biasa.”

“Saya dilantik menjadi timbalan kapten dalam aksi menentang Forest. Ianya satu penghargaan bagi saya.”

“Ketika Mesut keluar, saya diberikan lilitan kapten. Ianya detik yang sangat indah untuk saya, walaupun tidak lama.”

Bekas pemain Arsenal, Paul Merson pula memberikan sokongan kepada David Luiz untuk mendapat jawatan tersebut.

Pada pandangan anda, siapakah yang paling layak menjadi kapten pasukan Arsenal?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN