Sino-Europe Sports dan AC Milan dilaporkan dalam proses akhir untuk isu pertukaran hak milik kelab gergasi Itali tersebut.
Pihak AC Milan memberi isyarat, mereka sudah bersedia untuk menerima bayaran deposit daripada Sino-Europe Sports
Deposit tersebut dikatakan bernilai €320 juta. Selepas bayaran tersebut dibuat, prosedur seterusnya untuk pengambilalihan AC Milan akan dilakukan serta merta.
AC Milan ketika ini dimiliki oleh syarikat milik Silvio Berlusconi, Finivest. Pada tahun lalu, Silvio menyenaraikan subsidiari mereka iaitu kelab AC Milan untuk dijual.
Ia menarik minat konsortium dari China iaitu Sino-Europe Sports. Pada awalnya Berlusconi berjanji isu pemilikan ini akan diselesaikan pada Disember 2016.
Namun beberapa proses perlu dijalankan dan Belusconi memberikan masa dalam 3 bulan pertama 2017 untuk Sino Europe Sports.
Ia bukan kali pertama Finivest menangguhkan pertukaran milik kepada Sino-Europe Sports, tetapi sudah berkali-kali.
Pemilikan penuh oleh Sino-Europe Sports dijangka akan berlaku pada 3 Mac 2017.
Menurut laporan majalah Corriere della Sera, pembayaran deposit €320 juta dijangka akan dibuat minggu hadapan.
Apabila deposit sudah dibayar, Berlusconi boleh mengadakan mesyuarat dengan para pemegang saham secara rasmi untuk penjualan kelab tersebut kepada Sino-Europe Sports.
Kelewatan dan penangguhan ini membuatkan Milan sukar untuk membeli pemain baru dalam 2 jendela perpindahan.
Terbaru mereka mulanya mengesahkan Gerard Delofeu sebagai pemain baru mereka. Namun status itu dipadam dari tweet rasmi.
Tidak lama selepas itu, mereka membuat kenyataan bahawa pemain itu ditandatangani secara pinjaman dengan opsyen dibeli secara kekal.
Ia dikatakan berkait rapat dengan isu pemilikan kelab yang tergantung ini.
Sekiranya Sino-Europe Sports berjaya memiliki AC Milan, ia akan menjadikan kota Milan memiliki 2 kelab yang dipegang oleh konsortium dari China.
Sebelum ini Inter Milan dimiliki oleh Zhang Jingdong yang membeli kelab tersebut daripada jutawan Indonesia Eric Tohir.
Penyokong AC Milan mengharapkan pertukaran pemilik ini akan dapat mengembalikan semula kegemilangan AC Milan di persada bola sepak global.
Baca juga: Lille Tawar Tiket Percuma Kepada Wanita Selepas Insiden Hina Kaum Hawa Di Stadium