AC Milan Kecewa Sikap UEFA Yang Tidak Adil

Pengurus Besar AC Milan, Marco Fassone mendedahkan yang AC Milan mungkin akan dikenakan tindakan oleh UEFA kerana salah laku Financial Fair Play (FFP).

Fassone telah terbang ke Ibu Pejabat UEFA di Nyon untuk membincangkan isu FFP. Fassone menuduh UEFA telah menyukarkan AC Milan untuk mengimbangi baki akaun mereka.

UEFA meminta AC Milan membentangkan potensi pendapatan mereka setelah berbelanja besar pada pra-musim ini.

AC Milan banyak membeli pemain pada pra-musim yang lalu. Pada masa yang sama, mereka gagal menjual pemain dengan nilai lebih besar.

AC Milan membelanjakan  €194 juta untuk pembelian pemain dan hanya mampu menerima masuk duit hasil penjualan pemain berjumlah €32 juta sahaja.

Itupun masih ada pemain yang dalam perjanjian pinjaman. Jika pemain yang dipinjamkan gagal dijual secara tetap, angka €32 juta itu akan lebih kecil.

Penjualan tertinggi yang mereka lakukan adalah De Sciglio dengan nilai €12 juta ke Juventus.

Jadi, UEFA telah menasihatkan agar AC Milan menjual beberapa lagi pemain mereka pada Januari ini untuk memastikan akaun mereka tidak terlalu berat sebelah.

Fassone menuduh UEFA mencadangkan langkah yang tidak masuk akal dan mustahil untuk mereka lakukan.

AC Milan dikatakan mahu meminta budi bicara daripada UEFA untuk menstabilkan akaun mereka kerana mereka baru sahaja diambil alih oleh pemilik baru.

Fassone sudah pun membentangkan beberapa projek yang mampu menjana keuntungan kepada AC Milan tetapi bukan dalam musim ini. Namun UEFA dilaporkan tidak melayan permintaan tersebut Fassone dalam sidang media beliau berkata:

“Baru-baru ini dalam pertemuan kami dengan pegawai UEFA, mereka meletakkan permintaan yang secara objektifnya adalah mustahil.”

“Saya berharap UEFA lebih adil dan saksama dalam menguruskan isu melibatkan AC Milan.”

“Adakah UEFA tidak boleh mempertimbangkan permintaan kami? Sedangkan kami sentiasa fleksibel dengan mereka.”

“Jadi selepas ini, saya jangkakan isu ini akan menjadi lebih besar, bukan sahaja untuk Milan tetapi kepada institusi mereka juga.”

Fassone menyatakan beliau menghormati UEFA tetapi merasakan kali ini UEFA agak tidak adil dalam melayan AC Milan. AC Milan kini dalam posisi yang agak sukar untuk mara ke UCL musim hadapan.

Jika hal itu berlaku, pastinya akaun kelab mereka akan lebih bermasalah selepas ini.

UEFA dikatakan enggan melayan permintaan khas Milan kerana khuatir ianya akan menimbulkan rungutan daripada pasukan lain. UEFA sudah pasti akan menjadi sasaran dituduh tidak adil dan pilih kasih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN