Saingan Liga Super 2023 musim ini menyaksikan banyak pasukan mempunyai barisan pemain import serangan yang cukup berkualiti dari segi ketajaman serta pengaruh di atas padang.
Namun, ada juga pemain yang dilihat masih lagi tumpul untuk mendapatkan gol, walaupun mempunyai reputasi tinggi sebelum itu bersama pasukan lama diwakili mereka.
Jika ditanya kepada para penyokong bola sepak tempatan, nama-nama penyerang import seperti Bergson da Silva, Herlison Caion, Kpah Sherman, Fernando Forestieri antara yang diakui mempunyai kualiti sejak musim lalu dalam Liga Super.
Namun, tiada siapa menyangka sebenarnya penyerang import dari Kuching City iaitu Abu Kamara juga tampil sangat menyerlah musim ini dalam tiga perlawanan awal membabitkan pasukan tersebut.
Penjaring Terbanyak Liga Premier 2022
Abu Kamara sah menjadi penjaring terbanyak saingan Liga Premier 2022 dengan 11 jaringan.#kuchingcityfc #cityofunity #lsc #yakult #fitogether #khaimalborneo #malaysiaairlines #capsulesportrehab #grabngoburger #atfsporttaping pic.twitter.com/OaCISSGnHA
— Kuching City F.C. (@OfficialKCFC) October 3, 2022
Tampil dengan rekod selaku penjaring terbanyak Liga Premier musim lalu dengan 11 gol diledak Kamara, tidak ramai menyangkakan beliau mampu tampil menyerlah tahun ini dalam saingan lebih mencabar.
Tetapi Kamara membuktikan segalanya dengan baik di atas padang, selepas beliau telah pun meledak dua gol bersama satu bantuan jaringan untuk mengukuhkan namanya sebagai antara penyerang paling menyerlah ketika ini dalam aksi liga.
Berdasarkan statistik semasa, Kamara telah melepaskan lapan percubaan setakat ini daripada tiga perlawanan dihadapi dengan empat daripadanya tepat ke gawang gol.
Setelah tampil cemerlang musim lalu, beliau jelas menunjukkan konsistensi sangat tinggi ketika ini untuk menjadi kunci utama kekuatan Kuching City ketika situasi menyerang.
Kamara bukannnya seorang penyerang yang hanya berada di satu zon sahaja, tetapi beliau antara pemain yang paling rajin bergerak di serata arah padang untuk membuka ruang serta mencuri peluang mendapatkan gol.
Pemain kelahiran Liberia ini juga tidak menghadapi masalah untuk membentuk gandingan positif bersama penyerang baharu Kuching City iaitu Abdallah Sudi untuk mendapatkan gol.
Buktinya, gol penyamaan Kuching City ketika bertemu Kelantan membuktikan mereka sebenarnya mampu menjadi ancaman sangat besar buat mana-mana pasukan jika tidak dikawal dengan rapi.
PEMENANG 🏆 ANUGERAH BOLASEPAK KEBANGSAAN 2022
PENJARING TERBANYAK LIGA PREMIER 2022
ABU KAMARA (KUCHING CITY FC) 🟩⬜️#ABK22 pic.twitter.com/muaF9f9L47
— Malaysian Football League (@MFL_MY) December 15, 2022
Salah satu keistimewaan Kamara sejak musim lalu ialah beliau mampu melancarkan perang psikologi kepada pemain lawan untuk memberi tekanan buat mereka di atas padang.
Apapun, jika Kamara berjaya mengekalkan konsistensi beliau musim ini, mungkin namanya akan kerap disebut sama seperti rakan senegaranya yang lebih senior iaitu Kpah Sherman.
73' GOL | Penjaring terbanyak Liga Premier, Abu Kamara meletakkan Kuching City di hadapan.@Penang_FC 1-2 @OfficialKCFC #TMPialaMalaysia2022 pic.twitter.com/XpTFOGGRLb
— Malaysian Football League (@MFL_MY) October 26, 2022
Aksi malam ini bertemu Perak, pastinya akan digunakan sebaik mungkin oleh penyerang tersebut untuk terus mendapatkan gol buat pasukan dan kembali meraih kemenangan, selepas dua kali tumpas sebelum itu di tangan Selangor dan Sabah.