Abu Kamara Jadi Tumpuan Utama Buat Kuching City Berdepan Kelantan United

Penyerang berbisa Kuching City iaitu Abu Kamara menjadi tumpuan utama pada perlawanan hari ini membabitkan pasukan diwakilinya menentang Kelantan United untuk aksi separuh akhir pertama Challenge Cup 2023.

Kuching City yang pada musim ini tampil dengan tidak begitu menyerlah dalam persaingan Liga Super, secara tiba-tiba sangat menonjol bagi kejohanan Challenge Cup bawah kendalian Aidil Sharin Sahak.

Setakat ini, Kuching City berjaya mencipta kejutan mereka dengan pasukan tersebut telah pun menyingkirkan Kedah Darul Aman (Kedah) pada saingan suku akhir menerusi keputusan agregat 4-0.

Hadir dengan corak permainan lebih menyakinkan, prestasi penyerang import mereka iaitu Kamara juga kini semakin mendapat pujian dalam kalangan para penyokong pasukan tersebut.

Apa tidaknya, penyerang dari Liberia itu sudah pun meledak lima gol secara berturut-turut sejak lima perlawanan lepas dan pastinya momentum tersebut ingin dikekalkan pada aksi malam ini di laman sendiri.

Secara keseluruhan, prestasi semasa Kamara kini boleh dianggap sangat menyakinkan selepas beliau sudah pun meledak 13 gol musim ini dalam semua kejohanan disertai bersama Kuching City.

Malah, Kamara kini mempunyai peluang cukup besar untuk beliau mengatasi rekod jaringan peribadi beliau musim lalu dalam aksi Liga Premier sehingga pemain tersebut meraih gelaran selaku penjaring terbanyak tahun 2022.

Selain tajam di hadapan gol, boleh dikatakan pemain berusia 26 tahun ini memberi impak cukup besar dalam menggerakan serangan Kuching City menerusi kelincahan beliau di bahagian tersebut.

Bawah kendalian Aidil Sharin, secara perlahan-lahan pasukan ini berubah menjadi lebih baik terutama sekali aspek penguasaan bola dan kreativiti mencipta serangan.

Pemain seperti Kamara dan Petrus Shitembi jelas memberi pengaruh yang cukup besar dalam corak permainan pasukan tersebut sehingga mampu memberi saingan sengit kepada pasukan lebih baik.

Berdepan Kelantan United malam ini, sudah tentu Kuching City mempunyai misi tersendiri untuk merekodkan kemenangan bagi mencerahkan lagi peluang buat mereka untuk mara ke final sebelum aksi separuh akhir kedua.

Untuk rekod pertemuan musim ini, ianya berpihak kepada Kelantan United selepas mereka mencatat satu keputusan seri serta sekali sekali kemenangan bagi aksi Liga Super 2023.

Walaupun berkelebihan beraksi di laman sendiri malam ini, Kuching City tetap perlu lebih berwaspada kerana prestasi semasa pasukan lawan juga jelas semakin meningkat sejak beberapa aksi lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN