Abu Bakar Fadzim Mahu Anak Buah Kekal Konsisten

Abu Bakar Fadzim
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Ketua jurulatih Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC), Abu Bakar Fadzim berharap anak buahnya dapat mengekalkan komitmen yang tinggi dan konsisten bagi menghadapi dua baki perlawanan dalam Liga Perdana musim ini.

Abu Bakar yang ditemui SemuanyaBOLA dalam sidang media selepas tamat perlawanan, bersyukur dengan kemenangan yang membolehkan PKNP FC melonjak ditangga ke-3 liga ketika ini.

”Kemahuan dan kesungguhan pemain yang dapat dilihat dalam misi untuk memperoleh kemenangan seterusnya bagi menekan Kuala Lumpur dan Terengganu yang berada di dua tangga teratas.”

”Alhamdulillah kita berjaya menterjemahkan misi tersebut kepada kemenangan menerusi dua jaringan cantik dari Gilberto dan satu gol menerusi Shahrel Fikri.”

Jaringan ke-3 yang dihasilkan Gilberto Valdenesio ketika bertemu Negeri Sembilan.

Mengulas mengenai peluang PKNP FC untuk melayakkan diri ke Liga Super 2018 dengan perlawanan yang hanya berbaki dua perlawanan, Abu Bakar berkata: ”Tekanan yang hebat dihadapi kami ketika ini disamping masih menghadapi suku akhir Piala Malaysia, kami juga sedang bersaing dalam Liga Perdana.”

”Untuk baki dua perlawanan ini kami harapkan yang terbaik bagi mencapai mata maksimum dan diharapkan juga dua pasukan teratas keciciran mata. Selain daripada itu kita berserah.”

Abu Bakar Fadzim turut memuji segala yang telah dipamerkan oleh anak buahnya pada musim ini sehingga menjadi sebagai satu pasukan yang begitu menonjol pada musim ini.

”Pencapaian pada tahun ini sudah cukup baik buat para pemain untuk mencuba bakat mereka dan mengetengahkan elemen-elemen komitmen yang tinggi dan konsistensi sehingga mampu pergi hingga ke tahap ini. Diharapkan ianya dapat diteruskan pada baki dua perlawanan,” ujar Abu Bakar lagi.

Bagaimanapun misi PKNP FC dalam baki dua perlawanan liga sedikit direncatkan dengan insiden pemain import, Gilberto Valdenesio yang diperintah keluar padang pada perlawanan malam tadi akibat pergeserannya dengan pertahanan Negeri Sembilan, Nik Shahrul Azim.

Namun begitu pemain dari Brazil tersebut masih boleh beraksi pada perlawanan kedua suku akhir Piala Malaysia nanti.

PKNP FC akan bertemu Felda United di Stadium Shah Alam dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia 2017 pada Ahad ini dan kemudiannya akan berkunjung ke Stadium Darul Makmur, Kuantan bagi bertemu Kuantan FA 3 hari kemudian.

Kredit foto: PKNP FC

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN