Slaven Bilic Mahu Arnautovic Beri Sesuatu Yang Lebih Buat West Ham United

Pengurus West Ham United, Slaven Bilic mahu pemain baru yang merupakan rekod pembelian termahal kelab, Marko Arnautovic dapat menyumbangkan lebih dari apa yang diberikannya ketika membantu kelab tersebut menang 3-0 keatas Bolton Wanderers dalam saingan Piala Carabao pagi tadi.

Perlawanan bertemu Bolton ini juga merupakan penampilan pertama Arnautovic di laman sendiri setelah diperintah keluar padang pada perlawanan kedua liga sewaktu bertemu Southampton di St. Mary’s Stadium pada bulan lalu.

Arnautovic
West Ham United v Bolton Wanderers – Carabao Cup – Third Round – London Stadium
West Ham United’s Marko Arnautovic during the Carabao Cup, third round match at the London Stadium. (Photo by Daniel Hambury/PA Images via Getty Images)

Pemain bernilai  £25 juta yang dibawa masuk dari Stoke City itu berjaya memberikan sumbangan bermakna pada perlawanan pagi tadi apabila melakukan ‘assist’ kepada dua jaringan di babak pertama yang dihasilkan oleh Angelo Ogbonna dan Diafra Sakho.

”Saya boleh minta lebih lagi daripada ini, saya mahu dia (Arnautovic) melakukan lebih lagi. Dia mempunyai kualiti dan sesuatu yang lebih baik,” kata Bilic.

”Saya sukakannya sebagai seorang pemain tetapi kadangkala dia gembira dengan apa yang dilakukannya ketika saya mahu dia melakukan lebih daripada itu.”

”Saya tahu apa yang dia mampu lakukan dan saya mahu dia terus ‘menghukum’ lawan. Tetapi sudah tentu dia akan melakukan tugasnya disini.”

”Selepas apa yang dilakukannya pada bulan lalu (insiden kad  merah), ini merupakan permulaan daripada kemunculannya semula.”

 Arnautovic
SOUTHAMPTON, ENGLAND – AUGUST 19: Marko Arnautovic of West Ham United is shown a red card by referee Lee Mason during the Premier League match between Southampton and West Ham United at St Mary’s Stadium on August 19, 2017 in Southampton, England. (Photo by Jordan Mansfield/Getty Images)

Mengulas mengenai peluang Arnautovic untuk beraksi pada perlawanan liga bertemu Tottenham Hotspur pada hujung minggu ini, Bilic berkata: ”Saya yakin setiap orang berpendapat bahawa dia akan bermula pada perlawanan nanti.”

”Dia mengagumkan saya. Ini membuatkan kami lebih yakin bagi menghadapi perlawanan bertemu Spurs nanti,”

Sumber :

Evening Standard (2017) – https://www.standard.co.uk/sport/football/marko-arnautovic-shines-on-home-debut-but-slaven-bilic-wants-more-from-west-hams-record-signing-a3638821.html

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN