ABK2019: Aidil Zafuan Akui Penganjuran ABK Kian Berprestij

Aidil

Pertahanan berpengalaman, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak memuji mutu penganjuran Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) yang disifatkan semakin meningkat dan kian berprestij saban tahun.

Tambah Aidil yang kini beraksi dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), situasi itu jauh berbeza pada tahun awal penganjuran ABK dan dia memberikan penghargaan kepada MFL yang sentiasa melakukan penambahbaikan dalam usaha memberi penghargaan kepada pemain-pemain di Liga Malaysia.

Baginya, ABK adalah satu majlis yang cukup istimewa serta penting kerana menjadi kemuncak kepada pengiktirafan kerja keras pemain bersama pasukan pada setiap musim.

“Jika hendak dibandingkan masa dahulu, banyak perubahan telah dibuat oleh MFL sebenarnya malah mereka sentiasa mahu menjadikan penganjuran ABK setiap tahun lebih baik.

“Seingat saya dahulu, pernah pertama kali saya hadir ke majlis ABK, majlis itu hanya diadakan di bawah satu khemah besar sahaja tetapi sejak kebelakangan ini setiap tahun pasti akan diadakan di hotel.

“Ini satu pembaharuan yang bagus oleh MFL sebagai salah satu usaha menghargai pemain dan pasti akan ada kelainan pada setiap tahun.

“ABK ini sebenarnya sentiasa dipandang tinggi dan menjadi impian setiap pemain kerana mahukan satu kejayaan peribadi untuk diri sendiri sebagai tanda kejayaan mereka dalam karier , ” katanya.

ABK 2019 pada tahun ini bakal berlangsung pada 15 November ini bertempat di Hotel Tenera, Bangi dengan penambahan tiga kategori baharu iaitu Pengadil Berpotensi, Pemain Terbaik AFL Liga M3 dan Pasuka Terbaik AFL Liga M3.

Walaupun Aidil tidak tercalon dalam Anugerah Pertahanan Terbaik pada ABK 2019, pemain berusia 32 tahun ini masih memegang pemenang paling banyak bagi kategori itu iaitu sebanyak empat kali iaitu pada 2009,2010, 2012 dan 2015.

“ Sejujurnya saya tidak tahu sehingga kini saya masih pemegang paling tinggi pemenang kategori ini dan mungkin sudah menjadi rezeki saya yang sentiasa letakkan azam mahu jadi pemain terbaik pada tiap-tiap tahun.

“Antara semua kemenangan saya ini, paling tidak boleh dilupakan ialah kejayaan saya pada 2012 kerana sama sekali tidak menyangka boleh memenanginya bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

“Saya kata sebegini kerana ATM pada waktu itu bermain di Liga Premier sahaja dan jelas sekali ia bukan sesuatu yang senang, saya langsung tidak letakkan sebarang harapan untuk menang pada waktu berkenaan.

“Kemenangan pertama kali pada 2009 juga tidak boleh dilupakan kerana saya antara pemain paling muda pada waktu itu bersama Negeri Sembilan iaitu baharu berusia 22 tahun yang menjadi permulaan karier saya dalam dunia bola sepak tempatan, ” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN