Abidal Mahu Neymar Pulang Ke Barca

Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal secara terbuka menyatakan bahawa, kepulangan Neymar adalah satu impian buat Barcelona. Ini kerana ianya akan memberikan banyak manfaat kesukanan kepada kelab.

Pengarah Sukan tersebut bersetuju dengan jurulatih Quique Setien bahawa pemain Brazil itu akan memperbaiki kualiti pasukan Barcelona jika beliau kembali semula ke Nou Camp.

Abidal berpendapat, kepulangan semula Neymar akan membantu melonjakkan Barcelona dengan impak yang sangat besar.

Superstar Brazil itu pernah mendesak Barcelona untuk melaspkan beliau, kerana mahu menyertai PSG – dalam perpindahan dengan rekod dunia pada Ogos 2017.

Namun sejak musim lalu, Neymar telah dikaitkan dengan perpindahan ke Barca. Malah Neymar pernah bertemu dengan pengurusan PSG untuk meminta pulang semula ke Barcelona yang beliau sifatkan sebagai rumahnya.

Walaubagaimanapun PSG menolaknya, kerana Barcelona tidak mampu menawarkan harga yang mereka minta. PSG meminta sekurang-kurangnya Barcelona membayar angka yang mereka bayar untuk Neymar dahulu.

Pengurus Barcelona, Quique Setien berkata minggu lalu, beliau akan berbesar hati untuk melatih pemain seperti Neymar, jika pemain itu kembali semula ke Barcelona.

Bercakap kepada Mundo Deportivo, Abidal berkata: “Setien ada memberitahu bahawa beliau mahu kami membawa pemain seperti Neymar ke Barca.”

“Saya setuju sekali dengan cadangan itu [membawa Neymar pulang ke Barca].”

“Quique pasti akan bangga menjadi jurulatih pemain seperti Neymar.”

“Saya juga akan berasa bangga jika berjaya memabawa masuk pemain seperti Neymar dan pemain-pemain berkualiti yang lain ke Barcelona.”

Neymar musim ini terus cemerlang bersama dengan PSG. Beliau merupakan antara pemain yang berada dalam prestasi terbaik.

Barcelona mahukan Neymar untuk digandingkan sekali lagi dengan Lionel Messi.

Barcelona dijangka akan memulakan usaha membawa Neymar ke Nou Camp sekali lagi, pada jendela perpindahan yang akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN