Abdul Halim Shaari Hadapi Kecederaan ACL, Terlepas Baki Keseluruhan Aksi 2017

Pemain Kedah, Abdul Halim Shaari telah disahkan mengamlami kecederaan ACL.

Beliau mengalami kecederaan serius ketika aksi perlawanan Piala FA Malaysia separuh akhir pertama di Stadium Darul Aman tempoh hari.

Kedah menang 1-0 ketika itu hasil jaringan Farhan Roslan.

Dalam perlawanan itu juga, Halim mengalami kecederaan ketika separuh masa pertama.

Kecederaan tersebut memaksa beliau untuk diusung keluar dengan Syawal Nordin.

Menurut Kedah FA, Halim terpaksa direhatkan lebih kurang 7 bulan untuk menjalani proses rawatan.

Ia bermakna Halim bakal terpaksa melupakan keseluruhan baki aksi musim Liga Malaysia untuk musim 2017 hasil daripada kecederaan ini.

Aksi memberangsangkan Halim dalam 5 perlawanan lepas akhirnya terpaksa dilupakan awal dan tidak akan beraksi bagi baki saingan musim ini.”

Gambar: Kedah FA

Namun begitu, pihak Kedah FA akan sentiasa memberikan sokongan kepada beliau untuk terus kuat hadapi kecederaan yang dihadapi beliau.

Kami di Semuanya BOLA mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Halim Shaari. Semoga terus lebih kuat selepas ini!

Baca juga: Kelantan, T-Team, ATM & Perlis Dihukum Potong 6 Mata Berhubung Isu Tunggakan Gaji

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN