Kelantan, T-Team, ATM & Perlis Dihukum Potong 6 Mata Berhubung Isu Tunggakan Gaji

FMLLP hari ini mengumumkan hukuman pemotongan 6 mata dan larangan mendaftar pemain baru bermula 15 Mei 2017 ini (tarikh jendela perpindahan pemain yang kedua dibuka) kepada 2 pasukan Liga Super; Kelantan dan T-Team dan 2 pasukan Liga Premier; ATM dan Perlis.

Hukuman ini dibuat susulan kegagalan 4 pasukan berikut melengkapkan proses pendaftaran melalui Sistem Pengurusan Maklumat Bolasepak (SPMB) sebelum 31 Mac 2017 yang lepas.

Kegagalan melengkapkan proses pendaftaran yang dimaksudkan adalah kegagalan 4 pasukan ini untuk memuat naik 4 dokumen berikut dari tahun-tahun sebelum 2017:

  • Surat Selesai Bayaran/Tunggakan Gaji
  • Surat Selesai Bayaran/Tunggakan KWSP
  • Surat Selesai Bayaran/Tunggakan PERKESO
  • Surat Selesai Bayaran/Tunggakan LHDN

Pasukan dihukum tak boleh mendaftar pemain baru

Selain dihukum pemotongan 6 mata dalam liga secara serta-merta, FMLLP juga bakal mengenakan hukuman larangan mendaftar pemain baru jika 4 pasukan berikut gagal melengkapkan proses muat naik 4 dokumen di atas sebelum 15 Mei 2017.

Namun begitu, 4 pasukan tersebut dibenarkan mendaftar pemain baru JIKA mereka memperolehi pendapatan hasil pengurangan jumlah pemain sedia ada dalam pasukan.

Dalam erti kata lain:

4 pasukan ini perlu menjual/menamatkan kontrak pemain secara persetujuan bersama (mutual termination) sebelum dapat membeli pemain baru.

Pasukan akan dihukum turun liga jika degil lagi

FMLLP turut menjelaskan jika 4 pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran sebelum 31 Oktober 2017, mereka akan dihukum penyingkiran ke divisyen bawah.

Ini bermakna jika Kelantan dan T-Team sah beraksi dalam Liga Super 2018 tetapi gagal memuat naik 4 dokumen yang diperlukan ke SPMB sebelum 31 Oktober 2017, mereka akan disingkirkan ke Liga Premier 2018.

Jika Perlis dan ATM melakukan kesalahan sama, mereka akan turun ke Piala FAM 2018.

Malah 4 pasukan ini juga boleh dibatalkan penyertaannya untuk masuk ke liga sekiranya masih gagal memuat naik 4 dokumen yang diperlukan sebelum permulaan musim 2018.

Menurut FMLLP, hukuman ini adalah mengikut peruntukan kuasa bawah Perkara 43, Peraturan Pertandingan, Manual Liga Malaysia 2017.

Berikut merupakan kedudukan Liga Super 2017 terbaru selepas Kelantan dan T-Team ditolak 6 mata:

Berikut merupakan kedudukan 100Plus Liga Premier 2017 terbaru selepas Perlis dan ATM ditolak 6 mata:

Pahang juga mungkin akan dihukum

Sementara itu ketika diminta mengulas kesalahan Pahang yang melarang media elektronik daripada membuat liputan video ketika perlawanan separuh akhir Piala FA 2017 menentang Negeri Sembilan baru-baru ini (rujuk video di bawah), Kevin Ramalingam memberitahu siasatan sedang dijalankan dan pasukan yang bersalah akan dihukum.

Ketika diminta menjelaskan bentuk hukuman yang bakal diterima, Kevin memberitahu pasukan yang membuat kesalahan komersial seperti ini akan dihukum dari segi komersial (contoh: tidak dapat menerima wang hak penyiaran dan sebagainya).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN