Abang Teong Kim, Lim Kim Chon Bakal Ambil Alih Pengarah Teknikal AMD?

Bukan rahsia lagi bahawa kontrak Lim Teong Kim sebagai Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akan berakhir pada penghujung Oktober hadapan.

Setakat ini ianya hampir pasti kontrak Teong Kim tidak akan disambung, dan bekas jurulatih akademi Bayern Munich itu membayangkan akan kembali ke Jerman selepas tugasannya selesai.

Desas desus turut mengaitkan Teong Kim dengan Cardiff City kerana hubungan baiknya dengan pemilik kelab yang berpengkalan di Wales itu, Tan Sri Vincent Tan.

(Sumber: The Star)

Keberadaan Teong Kim sendiri di Johor Bahru dan kekaguman beliau terhadap JDT seperti yang dilaporkan media semalam turut menjadikan kelab dari selatan tanah air itu turut berada di dalam senarai hala tuju jurulatih berusia 55 tahun itu selepas ini.

Mungkin fokus terlalu diberikan kepada Teong Kim sehingga ramai yang melupakan agenda dan perkara yang lebih penting di sebalik pemergian beliau.

Pemergian Teong Kim timbulkan persoalan

Pergi atau tidak, NFDP tetap memerlukan seorang Pengarah Teknikal yang berkebolehan untuk dipantau dan diuruskan sewajarnya. Itu adalah tanggungjawab dan peranan yang perlu dipikul oleh ‘si pengganti’.

Foto: Goal

Selain daripada itu, agenda utama untuk membangunkan bola sepak negara melalui projek mega – yang sebenarnya ceminan kegagalan bola sepak negara termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan ahli gabungannya bertahun lamanya – perlu diteruskan sehingga Malaysia berjaya layak ke Piala Dunia.

Maka kini soalannya ialah siapakah yang bakal mengambil alih peranan Lim Teong Kim di Akademi Mokhtar Dahari (AMD) dan NFDP?

Dua calon dari FAM

Berdasarkan perkongsian dari media sosial milik FAM dua calon yang seperti dibayangkan untuk menggantikan Teong Kim adalah jurulatih warga Perancis keturunan Algeria, Saad Ichalelene.

Menurut perkongsian FAM, Ichalelene adalah Ketua Metodologi Kejurulatihan dan Peninjau Bakat NFDP pada 2016 sebelum dilantik sebagai pengarah teknikal pada awal tahun ini.

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

“Apabila Lim Teong Kim menjaga kelompok elit yang kecil di AMD pada 2016, Saad bekas jurulatih remaja PSG dibawa masuk bagi menerapkan kaedah kejurulatih dan corak permai­nan Perancis.

“Pendekatan itu telah dibawa ke semua peringkat Akademi Tunas (AT), Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Sekolah Sukan Negeri (SSN),” kata FAM dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Seorang lagi calon yang turut hangat diperkatakan ialah Lim Kim Chon. Kim Choon adalah abang kandung kepada Teong Kim.

Ini antara langkah penting FAT untuk memastikan impian Piala Dunia 2026 mereka dapat direalisasikan.

Posted by Semuanya BOLA on Saturday, April 22, 2017

Beliau merupakan bekas pengarah teknikal NFDP (di awal penubuhan) dan merupakan bekas pengarah teknikal FAM sendiri sebelum menyertai Thailand FA (FAT) pada 2017.

Kerana pengalaman yang dimiliki, Kim Chun diberikan peranan untuk mengetuai bahagian pendidikan kejurulatihan.

Atas sebab yang tidak dipastikan, Kim Chun bertindak menamatkan tempoh beliau bersama FAT baru-baru ini. Adakah ini bermakna Kim Chun akan kembali menyertai NFDP dan AMD?

Siapakah Lim Kim Chon?

Lim Kim Chon, 64 tahun,  bukanlah watak yang asing dalam bola sepak di negara kita di peringkat pembangunan.

Beliau adalah seorang individu yang kaya dengan pengalaman kejurulatihan di peringkat akar umbi sehinggalah ke badan bola sepak dunia, FIFA.

Pada Piala Dunia 2006, Lim Kim Chon adalah antara individu yang dilantik sebagai ahli kumpulan teknikal FIFA untuk berkhidmat dalam bahagian kaji selidik (research).

Tahukah Anda?

5 pemain yang lahir dari program NFDP fasa 1 kendalian Lim Kim Chon pada 2011-2013 kini menganggotai…

Posted by National Football Development Programme – NFDP on Sunday, August 11, 2019

Di Malaysia, Lim Kim Chon adalah individu yang menyelaras program Mykids Soccer di seluruh negara. Beliau juga pernah menganggotai satu jawatankuasa khas di bawah Datuk Razali Ibrahim (Timbalan Menteri Belia dan Sukan ketika itu) untuk memantau pelbagai program peringkat pembangunan di negara kita.

Sebelum Teong Kim, Kim Chon telah terlibat dengan NFDP sejak dari fasa pertama program tersebut. Malah lima pemain di dalam skuad B-18 tahun negara pada hari ini adalah daripada program perintis dari beliau, iaitu Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman, Luqman Hakim Shamsuddin, Firdaus Kaironnisam, Firdaus Ramli, dan juga Mohd Nuh Azlan Syah Mohd Yusof.

Dua lantikan?

Berdasarkan perkembangan terkini, pengganti Teong Kim akan diumumkan sedikit masa lagi oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman.

Berdasarkan kebolehan kedua-dua calon di atas, terdapat kemungkinan Saad Ichalelene akan bergandingan dengan Lim Kim Chon untuk mengemudi NFDP dan AMD.

Saad dan Anak Didiknya

Tidak ramai menyedari kehadiran Saad Ichalelene, seorang warga Perancis berketurunan Algeria,…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, August 11, 2019

Ichalelene mungkin akan diberikan peranan khusus untuk membentu pemain. Manakala Kim Chon pula akan diberikan penekanan untuk mengembangkan bakat jurulatih NFDP di seluruh negara.

Pelantikan kedua-dua untuk memperkasakan NFDP adalah satu kemungkinan yang boleh berlaku. Melantik kembali Kim Chon juga tidak merugikan berdasarkan pengalaman beliau bersama NFDP sebelum ini.

Penutup

Apa-apa pun perancangan MSN, KBS, FAM dan pemegang taruh yang lain selepas ini, kita harapkan fokus diberikan sepenuhnya terhadap aspek pembangunan bola sepak negara.

Bola sepak itu tidak pernah murah. Ia melibatkan kos yang tinggi, dan sudah tentu ia bermakna duit rakyat terutama pembayar cukai akan digunakan untuk membiayai program peringkat nasional sebegini. Berapakah bayaran yang akan diterima kedua-duanya nanti? Apakah KPI yang akan ditetapkan untuk lantikan seterusnya?

Penulis juga tertanya-tanya sama ada gaji bakal pengganti Teong Kim turut akan didedahkan atau tidak oleh Y.B Syed Saddiq selepas ini. Kenyataan ini tidak bermaksud untuk bernada sinis. Sekadar peringatan kepada semua bahawa bola sepak negara bukan isu yang boleh dimainkan secara ‘komikal’ di media sosial.

 

Nota editor: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pandangan Semuanya BOLA sebagai sebuah organisasi.

 

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN