Abang Percaya Axel Tuanzebe Disisih Aston Villa Kerana Gerrard Benci MU

Ejen dan abang kepada Axel Tuanzebe telah berkongsi satu teori aneh mengenai Steven Gerrard dan kaitannya dengan Liverpool.

Seperti yang kita tahu legenda Liverpool itu adalah pengurus Aston Villa, selepas meninggalkan Galsgow Rangers untuk menggantikan Dean Smith pada November lalu.

Tuanzebe yang menyertai Aston Villa secara pinjaman dari Manchester United merupakan salah seorang pemain tonggak Villa pada musim ini, dan sempat melakukan tujuh penampilan di dalam kesebelasan utama dalam perlawanan Premier League sebelum ketibaan Gerrard.

Namun sejak ketibaan Gerrard, Tuanzebe hanya melakukan lapan minit penampilan untuk pasukan itu.

Perkara itu menyebabkan tempoh Tuanzebe bersama Villa disingkatkan, sebelum pemain itu memilih untuk berpindah ke Napoli – juga secara pinjaman.

Geram dengan situasi yang menimpa adiknya, Dimitri yang juga seorang ejen dan mengendalikan syarikat Millennial Sports Management membuat satu dakwaan mengenai Gerrard dan perkaitan pengurus itu dengan Liverpool.

Menurut Dimitri sejarah Gerrard bersama Liverpool dan perseteruan kelab tersebut dengan Manchester United turut berlaku di kem Villa sehingga menyebabkan bekas kapten England itu menyisihkan Tuanzebe daripada pasukan.

“Axel [Tuanzebe] amat teruja untuk memulakan babak baharu di dalam karier bola sepak iaitu bermain di luar negara untuk sebuah kelab yang kaya dengan sejarah dan penyokong yang memuja bola sepak,” kata Dimitri kepada ESPN.

“Axel tidak memutuskan untuk berpindah sehingga ia semakin jelas dirinya bukan lagi pilihan utama pengurus untuk posisi pertahanan tengah. Pada masa yang sama tawaran daripada Napoli begitu baik.

“Saya amat emosi mengenai Axel bersama Villa. Beliau sayangkan penyokong di sana dan telah memberikan sumbangan besar membantu kejayaan kelab itu di Championship di mana beliau adalah salah seorang pemain penting membawa pasukan itu kembali ke Premier League.

“Namun selepas ketibaan Steven Gerrard di Villa Park, ia seperti perseteruan di antara Manchester United dan Liverpool berlaku di sana.

“Axel sentiasa terbuka untuk terus bersama Villa. Tetapi untuk meneruskan karier dan memenuhi potensi diri sepenuhnya, beliau perlu berada di dalam persekitaran yang adil.”

Steven Gerrard dan Manchester United sememangnya memiliki sejarah tersendiri ketika pengurus itu masih bergelar pemain dan kapten Liverpool.

Malah dalam autobiografinya Gerrard secara terang-terangan menerangkan bagaimana sifat benci akan Manchester United ditanam di dalam setiap jiwa pemain Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN