Quantcast

BERITA

Aaron Ramsey Setuju Kontrak 4 Tahun Bernilai £400,000 Seminggu Bersama Juventus

Pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey telah menandatangani kontrak untuk menyertai Juventus dengan bayaran £400,000.

Menurut sumber dari Sky Sports, pemain antarabangsa Wales tersebut akan menyertai juara Itali itu selepas kontrak beliau bersama Arsenal tamat pada penghujung musim ini. Ini bermakna perpindahan ini tidak melibatkan sebarang yuran perpindahan di antara kedua-dua kelab.

(Photo by Visionhaus/Getty Images)

Gagal capai persetujuan

Sebelum ini Ramsey telah mengadakan beberapa perbincangan bersama pihak pengurusan The Gunners, namun kedua-dua pihak gagal mencapai persetujuan.

Arsenal akhirnya menarik diri daripada sebarang perbincangan untuk melanjutkan kontrak Ramsey pada Oktober lalu, sekaligus membenarkan pemain tersebut untuk berbincang dengan kelab lain dari luar England mulai Januari lalu.

(Photo by Catherine Ivill/Getty Images) *** Local Caption *** Aaron Ramsey

Sejak 13 bulan yang lalu, Arsenal telah membawa masuk Pierre-Emerick Aubameyang, Bernd Leno, Sokratis Papastathopoulos and Lucas Torreira pada nilai melebihi £100 juta, namun hanya membawa masuk Denis Suarez secara pinjaman dari Barcelona pada Januari lalu.

Kelab itu turut memberikan kontrak jangka masa panjang kepada Mesut Ozil pada musim lalu, yang dianggarkan bernilai £350,000 seminggu.

Pakar pra kontrak

Juventus dianggap sebagai sebuah kelab yang mahir memanipulasi pasaran pemain dengan menawarkan perjanjian pra kontrak. Antara pemain yang dibawa masuk dengan kaedah sebegitu sebelum iniialah Dani Alves, Emre Can, Andrea Pirlo dan Paul Pogba.

Ramsey akan menjadi pemain Wales ketiga untuk beraksi bersama Juventus, mengikut jejak langkah legenda lalu seperti Ian Rush dan juga John Charles.

 

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!