Dijual Di Mudah.my, ‘#PabloOut’ Banjiri Laman Facebook Rasmi Kedah FA

Kekalahan 0-1 juara bertahan Piala FA, Kedah kepada Pahang pada pusingan ketiga Piala FA 2018 di Stadium Darul Makmur kelmarin mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong skuad Helang Merah.

Rata-rata daripada mereka berang dengan aksi longlai yang ditunjukkan oleh penyerang import pasukan itu, Pablo Pallares dan beliau dilihat gagal mempamerkan prestasi terbaik seperti yang diharapkan.

https://twitter.com/pikeryyaaloya14/status/975074908018388992

https://twitter.com/acerappppp/status/975459767056441344

https://twitter.com/rafiq_hilmi/status/975013249086181376

https://twitter.com/mubaraqhamdan/status/975003326528897029

#PabloOut

Malah, atas dasar tidak puas hati dengan prestasi pemain itu, deretan hashtag #pabloout mewarnai laman facebook rasmi pasukan Kedah sebagai memberi isyarat mahu pemain itu ditukar pada jendela perpindahan kedua nanti.

Selain itu, para penyokong Kedah juga mahu ketua jurulatih skuad itu, Ramon Marcote bertanggungjawab di atas kekalahan tersebut.

Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kepada Sinar Harian, beliau tidak meletakkan kegagalan tersebut kepada individu semata-mata.

“Saya tidak salahkan sesiapapun. Saya tidak salahkan jurulatih dan pemain. Pertandingan memang ada menang dan kalah.

“Bila menang kita puji jurulatih tapi bila kalah kita kutuk jurulatih. Ini tidak betul,” katanya.

Beliau juga meminta barisan kejurulatihan menyerahkan laporan terperinci kepada KFA untuk menyiasat punca kekalahan itu dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Sementara itu, Pengerusi Kelab Penyokong Bolasepak Kedah, Nor Asmadi Hamzah berkata, penyokong menyifatkan satu corak permainan dan percaturan yang amat mengecewakan telah dipamerkan pada aksi menentang Pahang.

Menurutnya, Ramon seperti tidak ada idea baru dan penyokong mempertikai keputusan jurulatih merehatkan pemain yang dilihat mampu beraksi lebih baik berbanding pemain diturunkan pada perlawanan berkenaan.

Mudah.my

Selain daripada luahan rasa tidak puas hati penyokong yang diluahkan di laman media sosial milik Kedah FA, bantahan terhadap prestasi pemain import daripada Sepanyol ini turut diluahkan di portal jual beli atas talian, mudah.my.

Melalui muat naik di mudah.my ini, ia dikatakan Pablo Pallares adalah pemain yang ingin dijual.

“Anda ada pasukan bola sepak, tapi x ada penyerang…Ha inilah peluang anda…Penyerang paling laju di Malaysia buat masa skrg. Tea, lama x serasi dgnnya kerana dia terlalu laju…Laju lg dr bola…Harga boleh nego sikit2 agak x rugi la…Kalau dekat boleh cod..kalau jauh pakai pos laju…Pos sy belanje…Ada free gift tau. Nak bayar ansur2 pun boleh bincang.”

Demikianlah penerangan penjualan Pablo Pallares oleh penyokong yang tidak berpuas hati dengan prestasi pemain ini.

Penutup

Selepas 5 perlawanan saingan unifi Liga Super Malaysia musim ini, Kedah hanya mencatatkan dua kemenangan dan tiga kekalahan.

Terbaru ialah kekalahan 4-3 kepada Kuala Lumpur pada 10 Mac yang lalu.

Bagaimanapun, Pallares menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut setelah kemarau gol dalam tiga perlawanan sebelum itu.

Secara keseluruhan, Pallares telah menjaringkan 3 gol daripada 5 penampilan di saingan liga, dan dua penampilan di saingan Piala FA.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN