Penyokong Pahang Meninggal Dunia Ketika Perlawanan Sedang Berlangsung

Kemenangan Pahang ke atas Kedah disambut dengan berita sedih apabila salah seorang penyokong skuad Tok Gajah meninggal dunia ketika menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Darul Makmur kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata kepada Utusan Malaysia, lelaki berkenaan ialah Azmi Bin Mat berusia 64 tahun, dan bekerja di Pejabat Hutan di sini.

“Kira-kira 10 malam tadi, polis menerima maklumat seorang lelaki pengsan ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pahang dan Kedah di Stadium Darul Makmur.

“Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan terus dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mendapatkan rawatan,” katanya.

Difahamkan  beliau rebah di tangga tingkat 1 Stadium Darul Makmur ketika perlawanan sedang berlangsung.

Mohamad Noor berkata, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 11.08 malam dan pemeriksaan mendapati kematian lelaki itu tidak membabitkan unsur jenayah.

“Siasatan awal dengan salah seorang saudara mangsa mendapati mangsa mempunyai rekod rawatan jantung,” katanya.

Insiden itu turut menarik perhatian pihak Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang sempat melawat keluarga arwah semalam.

Wakil daripada pihak PBNP menyampaikan sedikit sumbangan bagi pihak YAM Tuanku Presiden dan juga pasukan Pahang sendiri.

Pihak pengurusan Pahang FA juga merakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN