Pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2019 telah hampir menuju penamatnya. Cameroon selaku tuan rumah telah diberikan slot automatik walaupun beraksi dalam pusingan kelayakan.
Tunisia, Mesir dan Senegal berjaya mara ke kejohanan tahun hadapan pada bulan lalu. Madagascar turut menempa nama untuk beraksi di pertandingan itu buat pertama kali.
Maghribi mara
Maghribi diundi bersama tuan rumah, Cameroon, Comoros dan Malawi dalam Kumpulan B. Disebabkan Cameroon menjadi tuan rumah, hanya satu slot ke AFCON 2019 ditawarkan.
Hakim Ziyech menjaringkan dua gol semasa pertembungan antara Maghribi menentang Cameroon. Gol tersebut hadir semasa minit ke-54 melalui sepakan penalti.
Tidak sampai 10 minit, Hakim sekali lagi menjaringkan gol kedua Maghribi. Maghribi akan beraksi dalam AFCON buat kali ke-17.
Helang terbang tinggi
Nigeria yang sinonim dengan panggilan Super Eagles turut mengesahkan slot ke pusingan akhir. Nigeria seri 1-1 menentang Afrika Selatan dalam saingan Kumpulan E.
Pemain Afrika Selatan, Buhle Mkhwanzi terjaringkan gol sendiri pada minit ke-9 untuk memastikan Nigeria mendahului perlawanan. Lebo Mohtiba menyumbat gol penyamaan Afrika Selatan pada minit ke-25.
Nigeria mengesahkan slot ke AFCON 2019 setelah menang tiga, seri sekali dan kalah sekali setelah mengharungi lima perlawanan. Slot terakhir Kumpulan E akan direbut oleh Libya atau Afrika Selatan.
Uganda, Mali cemerlang
Uganda berjaya melepasi aksi kelayakan setelah menewaskan Cape Verde melalui gol tunggal Patrick Kaddu. Mereka mendahului carta Kumpulan L.
Uganda akan beraksi di kejohanan ini buat kali ke-7.
Mali menewaskan Gabon dalam aksi kelima yang turut dilangsungkan semalam. Gol tunggal Mali disumbangkan Moussa Doumbia.
Kemenangan itu memastikan mereka juga layak ke kejohanan berprestij Afrika untuk kali ke-11.
Siapakah yang akan ke Cameroon?
Aksi kelayakan AFCON 2019 akan berlangsung sehingga Mac 2019. Ini bermakna kebanyakan pasukan yang mara ke Cameroon ini akan diketahui pada waktu tersebut.
Pasukan manakah menjadi pilihan anda untuk mara ke kejohanan ini?