Ramai Pemain Tempatan Berminat Untuk Sertai Skuad Tok Gajah

Pengurus skuad Tok Gajah, Datuk Mohammed Sufian Awang mengakui beberapa pemain tempatan menawar diri untuk menyertai pasukan Juara Piala FA 2018 itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan.

Beliau berkata demikian kepada Berita Harian menjelaskan kemasukan pemain baharu musim depan akan ditentukan oleh ketua jurulatih, Dollah Salleh.

Setakat ini tiada sebarang kata putus untuk mendapatkan khidmat mereka walaupun pemain ini berstatus skuad kebangsaan kerana ia terpeluang kepada taktikal pasukan.

“Segalanya diserahkan kepada jurulatih (Dollah) kerana beliau lebih mengetahui untuk memperkuatkan jentera serangan, tengah dan pertahanan musim hadapan,” jelas Sufian.

Pahang muncul sebagai juara Piala FA musim ini selepas menewaskan Selangor. Gambar: Pahang FA

Dollah Salleh beri bayangan skuad Pahang musim ini dikekalkan

Difahamkan barisan kepimpinan tertinggi Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) dan Dollah kini dalam peringkat menilai prestasi pemain sepanjang musim ini.

Dollah juga tidak menolak kemungkinan akan mengekalkan barisan sedia ada dan melakukan perubahan dari senarai pemain import.

“Apa yang boleh saya katakan rata-rata pemain yang beraksi musim ini kekal bersama pasukan tetapi tidak menolak kemungkinan berlaku penambahbaikan dalam senarai pemain import.

“Ini kerana kami akan pastikan barisan pemain lebih mantap untuk melakar kejayaan membanggakan sekali gus meletakkan Pahang pada kedudukan terbaik musim depan.

“Namun, segala keputusan bergantung kepada pengurusan kerana saingan Liga M musim depan dijangka lebih mencabar,” kata Dollah Salleh.

Pahang dijangka akan melepaskan semua pemain importnya kecuali pemain Singapura, Safuwan Baharuddin yang masih mempunyai kontrak dengan skuad tok gajah.

Musim ini, Pahang berjaya mencapai sasaran menjulang satu piala selepas dinobatkan juara Piala FA. Pencapaian dalam Liga Super pula ialah di tangga keempat dan terkandas di suku akhir Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN