Jurulatih kelahiran Portugal, Marco Silva sah dilantik sebagai pengurus baharu skuad Everton, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu dalam laman web pasukan mereka semalam.
Pengendali berusia 40 tahun itu yang menggantikan tempat Sam Allardyce di Goodison Park memiliki pengalaman di EPL sebelum ini bersama Watford dan Hull City.
BREAKING: Marco Silva has been officially appointed the new @Everton manager. “I’m excited andreally happy to take this big challenge for us as a club and for me as a manager," he said. #SSN pic.twitter.com/8oaRUwoFfI
— Sky Sports News (@SkySportsNews) May 31, 2018
Silva sebelum ini turut meraih pelbagai trofi ketika membimbing Sporting Lisbon dan kelab Greece, Olympiakos selain membantu Estoril menjadi pasukan digeruni di negara kelahirannya, Portugal.
Everton cuba membawanya ke Goodison Park musim lalu sebelum akhirnya melantik Allardyce dengan kehadirannya mencetus berang Watford yang mendakwa “pendekatan tidak wajar oleh pencabar di Liga Perdana.”
Dikenali sebagai pengurus yang mahu pasukannya bermain dengan ‘cantik’, mementingkan corak serangan, Silva percaya peminat di Everton agak bangga dengan apa yang mereka lihat di atas padang musim depan.
“Saya amat bangga untuk menjadi pengurus baharu Everton,” kata Silva kepada Evertontv.
“Saya teruja dan saya benar-benar gembira untuk mengambil cabaran baharu ini untuk kami sebagai kelab dan buat saya sebagai pengurus.
“Saya tahu sejarah besar Everton dan apa yang peminat jangkakan. Saya yakin apabila semua orang bekerja keras bersama, saya akan bersedia untuk cabaran ini.” katanya.
🔵 | Marco Silva has revealed his pride at being appointed Everton manager and his resolve to build a winning side with a winning style and a deep connection between the team and Evertonians. #WelcomeMarco
👉 https://t.co/KdjrshH9lx pic.twitter.com/qgdWb2M5Wy
— Everton (@Everton) May 31, 2018
Ketika pencabar tetangga, Liverpool menikmati salah satu musim terbaiknya dengan mara ke final Liga Juara-Juara dan menamatkan saingan liga di tangga keempat, Everton mengakhiri kempen di tangga ketujuh sekali gus terlepas tiket ke Liga Europa.
Disokong oleh pemilik kelab yang juga jutawan Iran, Farhad Moshiri, Silva berkata beliau sudah bersedia untuk memenuhi jangkaan peminat yang dahagakan kejayaan pada musim 2018-2019.