Pep Guardiola: Selamat Datang Unai Emery Ke England, Seorang Lagi Pengurus Yang Bagus Tiba

Unai Emery

Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengalu-alukan kehadiran rakan senegaranya, Unai Emery ke England bagi membimbing Arsenal musim hadapan.

Guardiola yang masih segar dengan kejayaan membawa The Cityzens menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini memuji langkah yang diambil Arsenal bagi membawa masuk Emery untuk menggantikan Arsene Wenger.

Bekas pengendali Paris Saint-Germain itu meninggalkan kota Paris selepas dua musim bersama skuad berbelanja besar itu dan dijangka bakal menandatangani kontrak selama tiga tahun yang menelan belanja £5 juta setahun.

”Kariernya telah menceritakan mengenai dirinya, dia cemerlang di Sepanyol bersama Valencia dan Sevilla serta turut menjalankan tugas dengan baik ketika di Perancis,” Guardiola memberitahu Sky Sports.

”Selamat datang ke England, seorang lagi pengurus yang baik tiba disini.”

Kejayaan membawa Sevilla menjuarai Liga Europa buat tiga musim berturut-turut telah melonjakkan nama Unai Emery sehingga menarik perhatian PSG untuk membawa pengurus berusia 46 tahun ini ke Parc De Princes pada musim 2016/17.

Pencapaian Unai Emery di PSG selama dua musim juga boleh dibanggakan dengan enam kejuaraan yang diperolehi termasuk memenangi gelaran juara Ligue 1 pada musim ini.

Sebelum ini hangat diperkatakan setelah beberapa nama telah dikaitkan untuk mengisi kerusi panas di Stadium Emirates itu seperti Mikel Arteta, Luis Enrique dan Massimiliano Allegri.

Unai Emery sudah pasti akan menggalas tanggungjawab yang berat tatkala para penyokong Arsenal begitu dahagakan kejayaan terutamanya dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN