Rusia 2018: Kecewa Tak Terpilih, Radja Nainggolan Umum Persaraan Antarabangsa

Sejak dari awal perlantikan Martinez lagi, nama Radja Nainggolan menjadi subjek diperdebatkan. Martinez dilaporkan tidak gemar dengan sikap diva Nainggolan.

Namun begitu, Nainggolan dilihat kembali mencerahkan peluang beliau untuk ke Piala Dunia selepas dipanggil untuk menentang Arab Saudi pada Mac lalu.

Ianya tugasan kebangsaan pertama untuk Nainggolan selepas kali terakhir muncul dalam skuad Belgium pada Jun 2017.

Semalam Belgium mengumumkan skuad 28 pemain mereka yang akan disaring pada fasa akhir untuk ke Piala Dunia 2018. Nama Radja Nainggolan tiada dalam senarai walaupun musim ini beliau beraksi cemerlang bersama AS Roma musim ini.

Sejurus selepas itu, Radja Nainggolan mengumumkan persaraan beliau daripada arena antarabangsa.

“Dengan penuh kesakitan di dalam hati saya letakkan pada pengakhiran karier kebangsaan saya.”

“Jelas sekali karier antarabangsa saya sudah berakhir. Saya sentiasa melakukan yang terbaik yang termampu setiap kali mewakili negara saya.”

“Mulai hari ini, saya akan menjadi penyokong nombor 1 (pasukan Belgium).”

Roberto Martinez tampil dengan penjelasan kenapa beliau menyingkirkan Radja Nainggolan adalah kerana taktikal.

“Kita semua tahu yang Nainggolan pemain yang memiliki peranan penting di kelab beliau dan kami tidak mampu memberikan peranan itu di dalam pasukan kami.”

“Nainggolan pemain yang hebat, alasan saya adalah kerana taktikal. Dalam 2 tahun terakhir ini pasukan beroperasi dengan cara kami tertentu, dan pemain-pemain ada peranan dalam pasukan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN