Rivaldo: “Neymar Tak Akan Menang Ballon D’Or Dengan Menyertai PSG, Ia Satu Kesilapan”

Legenda Brazil, Rivaldo merasakan bintang senegara beliau, Neymar telah melakukan kesilapan besar jika beliau berhijrah ke PSG dengan hasrat mahu memenangi Ballon d’Or.

Rivaldo tidak menafikan perpindahan Neymar lebih membawa kepada manfaat dari segi kewangan kepada keluarga beliau tetapi untuk karier bola sepak ia satu langkah ke belakang. Ini kerana Neymar sudah bermain dalam kelab seperti Barcelona.

Ayah Neymar sebelum ini pernah menyatakan yang Neymar perlu keluar daripada bayangan Lionel Messi di Barcelona dan menjadi pemain utama di sebuah kelab besar. Dan kelab itu adalah PSG.

Neymar
PARIS, FRANCE – NOVEMBER 22: Neymar of PSG during the UEFA Champions League group B match between Paris Saint-Germain and Celtic FC at Parc des Princes on November 22, 2017 in Paris, France. (Photo by Catherine Ivill/Getty Images)

Menurut Rivaldo lagi, jika Neymar mahu memenangi Ballon d’Or beliau perlu mengorbankan banya perkara temasuk wang yang banyak seperti ditawarkan kelab PSG.

“Jika anda mahu menjadi pemain terbaik dunia, anda perlu bermain dalam pasukan yang kuat di liga yang kuat. PSG pasukan yang kuat tetapi mereka bukan pasukan tradisi dalam kejohanan seperti UCL.”

“Liga Perancis tidak sama dengan liga Inggeris, Sepanyol mahupun Jerman. Oleh itu, saya merasakan dia telah melakukan kesilapan untuk itu tetapi untuk kewangan keluarga, ianya sangat baik untuk dia dan keluarganya.”

“Anda harus menjuarai UCL, perlu mendapat pencapaian luar biasa untuk memenangi Ballon d’Or. Pasukan beliau sekarang akan sentiasa memenangi liga Perancis dan piala, macam saya kata tadi dalam kejohanan yang tidak kuat persaingannya.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN