Dalam debat akhir musim, Paul Merson, Geoff Shreeves dan Craig Bellamy telah berhujah sama ada kemenangan Man City pada 2017/18 berjaya mengalahkan Arsenal ‘the Invincibles’ yang dilakar pada tahun 2003/04.
Paul Merson adalah bekas pemain Arsenal dengan 327 penampilan dan 78 gol untuk The Gunners yang kini mengacara bersama John Fenners Fendly dalam program Sky Sport TV.
Geoff Shreevers pula adalah wartawan untuk saluran sukan Sky Sport, Fox Sport dan BT Sport manakala sepert diketahui Craig Bellamy pernah beraksi untuk Newcastle United, Liverpool dan Manchester City.
Beliau menamatkan karier sebagai pemain profesional bersama kelab Cardiff City dengan jumlah penampilan 455 dan 135 jaringan gol dan kini merupakan panel jemputan bagi program di Sky Sport.
Kisah persembahan epik Henry & co
Kisah epik The Gunners menyempurnakan kempen 38 perlawanan tanpa kalah tidak pernah berlaku di mana-mana pasukan yang bertanding sehingga hari ini.
Perkara ini juga menjadi persoalan di antara perdebatan antara panel dan bagi Merson beranggapan musim epik The Gunner adalah lebih berjaya.
“Ia sukar kerana kedua-dua pasukan adalah fenomenal,” katanya.
“Jika anda melihat kedua-dua pasukan dan anda cuba membuat pertimbangan, anda mungkin akan mengambil separuh daripada pasukan Arsenal dan separuh daripada pasukan Man City, tidak semuanya akan mendapat 11 tempat dalam 1 pasukan.
Merson menambah: ‘‘pastinya saya akan memilih sejarah Arsenal dengan satu musim tanpa kalah.Saya hanya akan memilih Arsenal. Untuk mengharungi musim tanpa kalah, anda perlu kekal konsisten dan fokus dalam perlawanan tertentu untuk memastikan anda tidak ditewaskan.”
Bellamy yang menjaringkan 12 gol Liga Perdana untuk Manchester City antara 2009 dan 2011 turut bersetuju dengan Merson.
Ia mengingatkan tentang pertembungan Newcastle dan anak buah Arsene Wenger ketika musim ‘Invincibles’ mereka.
“Saya cukup bernasib baik kerana bermain menentang pasukan Arsenal di St James ‘Park yang masih tidak kalah. Sudah tentu, kami semua mahu tiga mata dan kami mahu menjadi kelab yang pertama mengalahkan mereka.
“Untuk 10 minit pertama kami adalah pasukan yang lebih baik, tetapi untuk 80 minit seterusnya ternyata mereka adalah pasukan yang lebih baik daripada kami.”
Beliau menambah: ” Manchester City adalah pasukan yang saya gemar tonton di Liga Perdana. Corak permainan yang sangat tinggi dan bagus.”
“Tetapi saya percaya jika Pep Guardiola memiliki skuad Arsenal ketika itu, mereka tidak hanya mencatatkan rekod tanpa kalah bahkan mereka akan memecahkan setiap rekod dengan pemain yang mereka miliki.”
Rekod mata tertinggi yang pernah dicatatkan dalam sejarah EPL
Musim ini juga menyaksikan anak buah Pep Guardiola memastikan mereka berjaya memecah rekod 100 mata dengan mengalahkan Southampton hasil jaringan Gabriel Jesus pada lewat permainan.
Manchester City mencipta sejarah dengan menjadi pasukan pertama untuk mencapai 100 mata dengan memenangi 32 perlawanan.
Rumusan
Ternyata banyak pendapat tentang skuad tanpa kalah Arsenal musim 2003-04 adalah pasukan terbaik dan rekod terbaik yang pernah dimiliki dalam sejarah pasukan di EPL.
Kejayaan City menjuarai liga dengan rekod 100 mata dibayangi perbandingan rekod tanpa kalah yang dicipta oleh anak buah Arsene Wenger.
Dengan karakter dan karisma yang ada pada anak buah Arsene Wenger ini akan dikenang sehingga rekod tersebut akan dipecahkan.
Nota editor: Artikel ini merupakan hasil kiriman pembaca kami yang bernama Emier Haykal. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .