Perlis FA Bakal Menjadi Pasukan Negeri Pertama Tarik Diri Daripada Liga Malaysia?

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT), Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Firdaus Mohamed, mendedahkan Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) kini telah kehilangan presiden dan setiausaha agungnya.

Menurut laporan daripada Stadium Astro, Shaharuddin Ismail selaku presiden PFA telah meletakkan jawatan bersama Nor Shahril Bakar selaku setiausaha agung.

Situasi itu menyebabkan skuad Singa Utara itu kemungkinan akan menarik diri daripada saingan Liga malaysia kerana menghadapi masalah kewangan yang meruncingkan.

Zaman kegemilangan pasukan Singa Utara.

Difahamkan gaji pemain serta pegawainya tidak dibayar sejak Februari lalu dan jika Perlis gagal beraksi dalam perlawanan Piala FAM seperti yang dijadualkan, penyertaan mereka boleh digugurkan seperti pasukan Kuantan FA.

Firdaus menjelaskan pihak FAM cuba membantu pasukan itu dan segala keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat JKPT yang akan datang.

“Walaupun ia berstatus sebagai ahli gabungan (FAM), kami harus menjunjung perlembagaan kerana pihak FAM sendiri cuba untuk membantu Perlis.

“Apabila berlaku situasi begini, kami harus membawanya kepada mesyuarat JKPT dan exco untuk mendapatkan pendapat,” kata Firdaus.

Perlawanan sparing antara Pasukan Utama Perlis FA menentang Pasukan Piala Presiden Perlis FA.

Malah, beliau turut mendedahkan terdapat beberapa pasukan lain kini dalam perancangan untuk menarik diri ekoran perubahan kerajaan di peringkat persekutuan.

Enggan mendedahkan nama pasukan terbabit, Firdaus sedang memantau perkembangan itu tetapi berharap ia tidak menjejaskan perjalanan Piala FAM musim ini.

“Pasukan-pasukan yang gagal hadir akan kami susuli dengan kajian. Mungkin tiga mata akan diberikan kepada lawan mereka.

“Kami tidak boleh memberikan hukuman sama seperti Kuantan FA kerana situasi kali ini berlaku dalam tempoh pusingan kedua, jadi ia melibatkan pelbagai kemungkinan,” katanya seperti dipetik dalam Stadium Astro.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN