Satu lagi sejarah bakal tercipta.
Musim ini, Mohamed Salah nyata telah memperoleh pelbagai kejayaan individu di musim pertama beliau bersama Liverpool.
Kini, satu lagi kejayaan yang bakal kekal abadi akan menanti beliau di British Museum.
Kasut bola yang disarung oleh Salah sepanjang musim ini bakal diabadikan dan ditayangkan kepada umum di British Museum bermula minggu hadapan.
Signifikannya penyimpan kasut bola pemain Mesir itu di British Museum adalah kerana kejayaan beliau menjaringkan 32 gol dalam musim 38 perlawanan Premier League pada musim ini.
Kejayaan tersebut merupakan rekod baharu bagi penjaring terbanyak di era Premier League.
Kasut bola itu merupakan hasil derma dari Salah sendiri dan ianya nyata menggembirakan pihak muzium.
Bagi pihak muzium, ianya dapat memberikan kemaskini terkini mengenai koleksi pameran di bahagian sejarah tamadun Mesir dan juga Sudan yang ada di muzium tersebut.
“Lazimnya di laman tamadun Mesir dan Sudan apa yang akan ditayangkan adalah mengenai raja Firaun sahaja.”
“Kini dengan adanya kasut bola Salah, kami boleu menceritakan mengenai sejarah moden Mesir yang dimana seorang pemain bola dari negara tersebut datang ke United Kingdom dan berjaya memenangi kasut emas di sini.”
Kedatangan kasut bola Salah ke British Museum merupakan salah satu usaha projek pihak muzium untuk mempamerkan artifak abad abad ke-20 dan ke-21 dari Mesir.
Ia merangkumi pelbagai bidang termasuklah dari bidang sukan dan juga hiburan.