Buffon Tampil Kali Terakhir Buat Juventus Untuk Ucap Selamat Tinggal

Gianluigi Buffon telah mengesahkan bahawa beliau akan meninggalkan gergasi Serie A, Juventus selpas 17 tahun bersama kelab itu.

Juara Serie A itu akan menjadi tuan rumah kepada Verona dalam perlawanan pada Sabtu hadapan, dan perlawanan tersebut bakal menjadi penampilan terakhir buat penjaga gol berusia 40 tahun itu.

(Photo by Martin Rickett/PA Images via Getty Images)

Buffon merupakan kapten pasukan Juventus, dan memimpin kelab Turin itu menjuarai tujuh kejuaraan liga dan empat Piala Itali secara berturut-turut.

“Sabtu hadapan bakal menjadi perlawanan terakhir saya bersama Juventus,” ujar Buffon yang sudah memiliki sembilan kejuaraan Serie A peribadi secara keseluruhan.

“Saya berpendapat ia adalah cara terbaik untuk mengakhiri pengalaman ini. Buat masa ini saya hanya tahu Sabtu hadapan saya bakal menghadapi satu lagi perlawanan.”

(Photo by Massimiliano Ferraro/NurPhoto via Getty Images)

“Sudah tentu saya turut melihat beberapa tawaran yang diperolehi selepas itu.”

“Juventus juga memiliki Wojciech Szczesny yang merupakan penjaga gol yang hebat dan berusia 13 tahun lebih muda dari saya.”

“Untuk kapten pasukan, Giorgio Chiellini adalah contoh pemain yang hebat untuk ciri-ciri seorang kapten. Beliau sering menjadi rujukan, dan saya turut mengucapkan selamat maju jaya buat beliau,” jelas Buffon lagi.

Sepanjang berpengkalan di Turin, Buffon telah memecahkan pelbagai rekod di dalam bola sepak Itali termasuk 974 minit tanpa dibolosi, 292 perlawanan tanpa dibolosi dan sembilan kejuaraan liga.

06 APR 1999. MADRID. SEMI-FINAL UEFA. ATLETICO MADRID vs PARMA 1-3. GIANLUIGI BUFFON celebrates after the victory

Buffon yang menyertai Juventus dari Parma pada 2001 adalah pemain Itali yang melakukan penampilan terbanyak di pentas antarabangsa iatu sebanyak 176 kali.

Kenangan terindah di kejohanan antarabangsa semestinya ketika membantu Itali menewaskan Perancis melalui penentuaan sepakan penalti di Piala Dunia 2006.

Sumber; FIFA

Buffon terpaksa mengubah pelan persaraan setelah Itali gagal melayakkan diri ke Piala Dunia 2018 di Rusia.

Sepanjang karier profesional di dalam bola sepak, Buffon turut tersenarai antara pemain terhebat sepanjang zaman yang tidak pernah menjuarai UEFA Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN