Pengurus Manchester City dinobatkan sebagai pengurus terbaik League Managers Association (LMA) bagi musim 2017/18.
Guardiola mengemudi Manchester City menjuarai kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan rekod 100 mata, menjaringkan 106 gol dan hanya mencicirkan 14 mata sepanjang kempen musim ini.
Skuad kendalian pengurus dari Sepanyol itu juga menjuarai Piala Liga dengan menewaskan Arsenal 3-0 di Wembley pada Februari lalu.
Bekas pengurus Barcelona dan Bayern Munich itu menewaskan lima calon lain untuk anugerah tersebut.
Selain daripada Guardiola pengurus Liverpool, Jurgen Klopp; pengurus Burnley, Sean Dyche; pengurus Wolves, Nuno Espirito Santos; dan pembimbing Cardiff City, Neil Warnock turut tersenarai.
Seorang lagi calon ialah pengurus kelab Divisyen ketiga Liga Inggeris, Accrington Stanley, John Coleman turut berada di dalam senarai.
Warnock turut diberikan anugerah pencapaian khas setelah memenangi promosi kelapan sepanjang karier di dalam bidang pengurusan.
Manakala nama Sam Allardyce diabadikan di dalam Dewan Kwmasyuran LMA.
Selain daripada nama Guardiola yang turut dinamakan sebagai pengurus terbaik EPL, Nuno dinamakan sebagai pengurus terbaik Championship.
Pengendalikan Shrewsbury, Paul Hurst dinamakan sebagai pengendali terbaik League One, sementara Coleman adalah pengurus terbaik bagi saingan di League Two.
Apa yang dilakukan oleh Guardiola bersama skuad Manchester City pada musim ini jelas mencuri tumpuan ramai penganalisis bola sepak.
Taktikal beliau bersama City dianggap sebagai kebijaksanaan luar biasa di dalam bola sepak, dengan ramai menganggap ianya sebagai bola sepak masa hadapan.
Dalam satu temuramah dengan Sky Sports bersama Gary Neville baru-baru ini, Guardiola berkata:
“Anda akan sentiasa meragui kebolehan diri sama ada mampu menjadi juara atau tidak.”
“Bola sepak bergantung banyak kepada masa dan kualiti pemain. Lebih daripada itu ia adalah refleksi keseluruhan jenis perubahan yang kami inginkan (berbanding musim lalu). Kami sentiasa percaya akan bola sepak yang kami mahu terapkan.”