Liga Perdana Inggeris 2017/18 telah melabuhkan tirai dengan Manchester City gah menghuni tangga teratas dengan mencatatkan 100 mata.
19 mata meninggalkan musuh setempat, Manchester United yang berada di tangga kedua.
Kejayaan meraih 100 mata selepas tamat kesemua 38 perlawanan itu menjadikan Manchester City sebagai pasukan yang memegang rekod dengan mengumpul mata terbanyak dalam semusim.
Skuad yang dibimbing Pep Guardiola itu berjaya mengatasi rekod 95 mata yang dipegang Chelsea pada musim 2004/05.
Bagi perancang kreatif Manchester City, Kevin De Bruyne, beliau merasakan rekod 100 mata yang dicipta tersebut sukar untuk dileburkan oleh mana-mana pasukan selepas ini.
”Kita semua tahu bahawa jika kami mendapat 100 mata, ia menjadi sesuatu yang sangat istimewa dan mungkin sukar untuk melakukannya lagi.”
“Ia adalah satu-satunya perkara yang perlu saya lakukan dan jika anda mengakhiri musim seperti itu, minit terakhir, tendangan terakhir musim ini dan anda mendapat 100 mata, anda merasa tidak dapat dipercayai.”
Mata ke-100 Manchester City menjelma selepas Gabriel Jesus menjaringkan gol kemenangan pada minit akhir perlawanan ketika menumpaskan Southampton di St Mary’s Stadium.
”Kami memecahkan rekod itu, 100 mata adalah sesuatu yang istimewa. Kejayaan tiga digit sangat sukar untuk dilakukan sekali lagi dan kami menjadi sebahagian daripada itu adalah begitu bermakna.”
“Kami mempunyai mata paling banyak dan dengan persaingan yang diberikan semua pasukan besar ia sangat sukar.”
”Untuk mendapatkan 100 mata dan hanya keciciran 14 mata sepanjang musim. Menikmati pencapaian itu adalah sesuatu yang istimewa.”