Hari ini merupakan hari penentuan di mana perlawanan terakhir EFL Championship. Seperti semua maklum, Wolverhampton Wanderers telah dinobatkan sebagai juara EFL Championship sekaligus kembali ke Premier League.
EFL Championship menawarkan dua slot automatik untuk dipromosikan ke Premier League. Slot automatik tersebut ialah untuk dua kelab teratas.
Manakala kelab tempat ketiga hingga keenam akan beraksi dalam saingan play-off. Kelab tempat ketiga akan berhadapan kelab tempat keenam. Manakala kelab tempat keempat akan dijadualkan menentang kelab tempat kelima.
Dua penjuru
Pada waktu ini, Cardiff berada di tangga kedua EFL Championship dengan 89 mata. Fulham di kedudukan ketiga dengan 88 mata. Cardiff akan menentang Reading. Fulham pula ke St. Andrew untuk
menghadapi Birmingham City.
Fulham kini mengutip 88 mata. Malah, defisit gol antara Cardiff dan Fulham amat rapat. Cardiff mempunyai defisit 30 gol, manakala kelab London itu memiliki defisit 35 gol.
Sekiranya kedua-dua kelab memenangi perlawanan terakhir, slot promosi automatik akan diraih Cardiff City. Cardiff masih berpeluang dipromosikan ke Premier League sekiranya Fulham seri atau kalah.
Fulham boleh merampas slot automatik sekiranya Cardiff kalah. Itu pun sekiranya mereka memenangi perlawanan menentang Birmingham.
Namun jika kedua-dua kelab ini berkeputusan seri sekiranya menentang lawan masing-masing, Cardiff bakal dinaikkan pangkat untuk beraksi dalam liga berprestij Inggeris itu.
Menang jadi arang, kalah jadi abu
Persaingan antara Cardiff dan Fulham ini akan menyaksikan salah satu kelab akan beraksi di play-off. Kini, Aston Villa sudah selesa di tangga keempat.
Middlesbrough sebenarnya memang sudah sah beraksi dalam play-off. Cuma kedudukan akhir mereka masih belum dapat dipastikan.
Ini disebabkan Derby berada di tangga keenam liga sebenarnya bergelut. Malah, Preston dan Millwall menghimpit The Rams dek kutipan mata yang sangat dekat.
Derby mesti memenangi perlawanan terakhir menentang Barnsley bagi mengesahkan slot play-off mereka. Sekiranya The Rams keciciran walaupun satu mata, slot terakhir akan dirampas sama ada Preston atau Millwall.
Penutup
Memang beberapa musim terakhir ini dalam saingan EFL Championship menjanjikan keputusan luar jangka. Lebih-lebih pada hari terakhir perlawanan liga. Debaran yang lain macam bagi peminat bola sepak.