MPL 2018: Felda & Felcra Kekal Tak Kalah, JDT II Kekal Di Dasar Liga

Persaingan Liga Premier Malaysia 2018 ada warna yang tersendiri. Semalam berlangsung 5 perlawanan MPL dan ini adalah keputusannya.

Felda United dan Felcra FC kekal tak kalah

2 pasukan ini ternyata dalam landasan terbaik untuk memenangi promosi ke Liga Super musim hadapan. Kekal menjadi 2 pasukan yang masih belum kalah di MPL dan juga dalam 2 liga utama Malaysia.

Jaringan masa kecederaan oleh Hadin Azman memastikan Felda United mencatatkan kemenangan 2-3 ke atas MIFA.

Sarawak persiakan peluang di tempat sendiri

Sarawak gagal menggunakan kesempatan bermain di tempat sendiri sebaik mungkin. Skuad Bujang Senang seri 1-1 dengan Pulalu Pinang.

Pulau Pinang di hadapan pada minit ke-68 menerusi Ali Mahmud. Bobby Gonzales terus membalas gol itu pada minit ke-70.

UiTM FC menang derbi Varsiti

Derbi Varsiti kali ini dimenangi oleh UiTM dengan jaringan 2-0 menewaskan UKMFC.

Lucas Pugh dan Bakary Dao berada dalam senarai penjaring.

PDRM dan Terengganu FC II terikat

Satu lagi perlawanan berakhir dengan keputusan seri adalah melibatkan PDRM dan Teregganu FC II. Kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol.

JDTII kekal di dasar liga

JDTII berhadapan dengan pasukan yang memulakan kempen musim ini dengan cukup baik iaitu Sabah.

JDTII terlebih dahulu mendahului menerusi bekas penyerang sensasi Sabah, Rozaimi Abdul Rahman pada separuh masa pertama. Beliau tidak meraikan gol tersebut.

Rozaimi Abdul Rahman/ Kredit foto: JST

Sabah mengikat kedudukan menerusi Hector Ramos pada separuh masa kedua.

Sabah pastinya mahu bangkit segera daripada prestasi semasa untuk menghidupkan impian ke Liga Super. Terlalu banyak keputusan seri dicatatkan oleh mereka setakat ini.

JDTII kekal menjadi satu-satunya pasukan yang masih belum menang di MPL dan di dalam 2 liga utama Malaysia. Menjaringkan 6 gol dan bolos 14

Ini adalah kedudukan semasa kesemua pasukan dalam Liga Premier 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN