Thiago Silva: “Kami Asyik Tukar Jurulatih Tetapi Tiada Peningkatan”

Kapten Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva berkata, mereka harus memikirkan usaha untuk memperbaiki kualiti pasukan berbanding dengan menyalahkan jurulatih.

Beliau juga menyatakan, setiap pemain harus bersedia sekali lagi untuk bekerjasama dengan jurulatih baru mereka.

Unai Emery tidak akan menjadi pengurus PSG lagi selepas ini walaupun berjaya membantu mereka menjuarai Ligue 1. Namun kegagalan dalam UCL telah membuatkan Unai Emery terpaksa membayar kos yang tinggi.

Jadi, menurut Thiago Silva, setelah beberapa jurulatih berprofail tinggi keluar masuk, mereka masih juga gagal untuk menjuarai UCL, sudah tiba masanya pemain harus bertanggungjawab di atas apa berlaku.

Kini PSG dikaitkan dengan Thomas Tuchel dan beberapa nama lain seperti Antonio Conte dan Leonardo Jardim.

“Minggu ini, kelab memutuskan yang beliau (Unai Emery) tidak akan kekal di sini. Jadi tanggungjawab adalah di bahu kami.”

“Kami asyik menukar jurulatih tetapi tidak menunjukkan kemajuan yang diinginkan. Mungkin di rumah kami (para pemain) harus berfikir tentang apa perkara yang kami harus gandakan lagi usaha untuk membantu pasukan ini menjadi lebih baik musim hadapan.”

PSG hampir dimalukan Guingamp dalam perlawanan Ligue 1. Ketinggalan 2 gol dan mujurlah Edinson Cavani menyelamatkan mereka dan terus menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman PSG dengan 115 gol. Mengatas 113 gol oleh Ibrahimovic.

Unai Emery berharap pemilik PSG akan lebih sabar untuk mengejar kejuaraan UCL. Beliau berkata:

“UCL ini adalah kejohanan yang anda harus pikat perlahanan-lahan. Sabar dan konsisten adalah kuncinya. Anda mungkin akan mencapainya jika tidak meletakkan harapan terlalu tinggi.”

PARIS, FRANCE – MARCH 5: Coach of PSG Unai Emery answers to the media at a press conference on the eve of UEFA Champions League match between Paris Saint Germain (PSG) and Real Madrid at Parc des Princes on March 5, 2018 in Paris, . (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

“UCL ini ibarat seorang wanita. Ianya harus dilayan dengan romatik, Buat masa ini, dia adalah teman wanita kepada Real Madrid. Merekan menang 3 daripada 4 edisi terakhir.”

“Itu adalah metafora untuk menunjukkan anda perlu melayan UCL dengan sebaik mungkin.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN