Kiko Insa Bakal Perkuat Benteng Pertahanan JDT?

Semalam JST memuat naik gambar pemain-pemain JDT sedang berlatih. Paling mencuri tumpuan adalah kelibat Kiko Insa yang dilihat bersama dengan Harry Novillo.

Nama Harry Novillo memang sudah sah akan menyertai JDT. Hanya menunggu tarikh perpindahan pemain dibuka untuk mereka daftarkan. Tetapi untuk Kiko Insa, ianya agak mengejutkan.

Ramai peminat bertanya, adakah Kiko Insa akan menjadi pemain pertahanan baru JDT? Ini selepas JDT sebelum ini menggariskan isu pertahanan yang kerap melakukan kesilapan.

Kiko Insa adalah pemain kebangsaan Harimau Malaya. Beliau boleh bermain sebagai bek tengah dan pemain tengah defensif. Beliau kembali ke Malaysia selepas menamatkan kontrak dengan Bangkok Glass.

Kiko dikatakan kecewa dengan kurang peluang beraksi di kelab tersebut. Beliau mahukan cabaran baru di dalam karier beliau dan terbuka dengan mana-mana tawaran daripada kelab Malaysia.

Kiko bersama-sama dengan pemain JDT yang lain berlatih dan gambar ini dimuat oleh abangnya Natxo Insa di akaun sosial beliau.

Tiada pengumuman rasmi daripada JDT tentang status Kiko Insa buat masa ini. Mungkinkah beliau hanya berlatih bersama JDT dan menggunakan kit latihan pasukan tersebut?

Adakah Kiko Insa bakal menyarung jersi Harimau Selatan selepas ini dan bergandingan dengan abangnya yang juga merupakan pemain penting dalam skuad JDT, Natxo Insa.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN