Maradona Letak Jawatan Selepas Gagal Bawa Pasukan Untuk Promosi Di Liga UAE

Legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona dilaporkan telah melepaskan jawatan beliau sebagai pengurus kelab bola sepak Al Fujairah di liga bola sepak Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Dalam perlawanan yang diadakan semalam, pasukan kedalian Maradona sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan Khor Fakan, sekaligus bermakna Al Fujairah hanya mampu menduduki tangga ketiga Liga Divisyen Satu UAE ini sebagai kedudukan terbaik musim ini.

(Photo by Francois Nel/Getty Images)

Keputusan itu turut bermakna harapan Al Fuhjairah untuk kembali menyertai liga utama UAE, Arabian Gulf League turut terkubur.

Maradona mulai melatih Al Fujairah sejak Mei tahun lalu. Selain daripada Al Fuhjairah, bekas pemain Barcelona dan Napoli ini juga pernah membimbing sebuah lagi kelab bola sepak di negara berkenaan, Al Wasl di antara tahun 2011 sehingga 2012.

Skuad Al Fujairah kendalian Maradona terdiri daripada hampir semua pemain tempatan, dengann hanya Danilo Carando dari Argentina serta Omar Kossoko dari Perancis menjadi dua pemain asing di dalam pasukan tersebut.

(Photo by Francois Nel/Getty Images)

Selain daripada di UAE, Maradona turut pernah melatih skuad kebangsaan Argentina di antara tahun 2008 sehingga 2010. Ini termasuklah membimbing pasukan negaranya sendiri di Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Karier Maradona di dalam bola sepak sebelum ini sering dilanda kontroversi. Maradona melalui mimpi ngeri dalam penampian pertamanya di Piala Dunia bersama Argentina.

Hanya menjaringkan 2 gol daripada 4 perlawanan dan dilayangkan kad merah ketika bertemu Brazil dalam perlawanan terakhir pada 1982 sebelum tersingkir.

(Photo by Stringer/Anadolu Agency/Getty Images)

4 tahun kemudian, Maradona menjaringkan 5 gol termasuk gol menakjubkan, menggelecek beberapa pertahanan England. Maradona turut membantu rakan sepasukannya denga menghasilkan bantuan gol.

Maradona hampir mengulangi pencapaiannya bersama Argentina pada Piala Dunia 1990 namum tewas di perlawanan akhir kepada Jerman Barat.

(Photo by Schlage/ullstein bild via Getty Images)

Piala Dunia 1994 Maradona dipalit dengan skandal doping dan dihantar pulang dari kem Argentina.

Walaupun turut dipalit kontroversi ketika bersama Barcelona, karier di peringkat kelab menjadikan Maradona sebagai ikon di Napoli sehingga ke hari ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN