Mourinho: “De Gea Akan Kekal Di Old Trafford, Sanchez Watak Penting”

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yakin bahawa David de Gea tidak akan meninggalkan Old Trafford dalam masa terdekat. Dalam sidang media yang diadakan semalam di Carrington, Mourinho turut menggariskan kepentingan Alexis Sanchez di dalam perancangan beliau di kelab tersebut.

De Gea melalui satu lagi musim yang cemerlang di hadapan gawang United, dan pasti berharap mampu dinobatkan sebagai pemenang anugerah Golden Glove pada tahun ini.

(Photo credit should read CRISTINA QUICLER/AFP/Getty Images)

Pemain antarabangsa Sepanyol itu memiliki jumlah tidak dibolosi (clean sheet) tertinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim ini, setelah tidak dibolosi sebanyak 17 kali berbanding penjaga gol Manchester City, Ederson yang tidak dibolosi sebanyak 19 kali.

Real Madrid hampir berjaya membawa De Gea ke Estadio Santiago Bernabeu pada 2015, dan gergasi Sepanyol itu dipercayai masih berminat untuk mendapatkan penjaga gol tersebut.

Ketika ditanya mengenai kemungkinan De Gea terpaksa dilepaskan selepas tamat musim ini, Mourinho menjawab pertanyaan tersebut: “Tidak mungkin.”

Perlawanan menentang Arsenal pada hujung minggu ini turut menarik perhatian mengenai Alexis Sanchez yang bakal berhadapan dengan bekas majikannya sejak meninggalkan kelab London tersebut pada Januari lalu.

Untuk Sanchez, Mourinho menegaskan pemain antarabangsa Chile itu adalah pembelian penting untuk Manchester United untuk terus melangkah ke hadapan.

“Sanchez beraksi di EPL sejak beberapa musim, dan kita semua tahu kualiti yang dimiliki beliau. Maka itulah sebab khidmat Sanchez turut ditagih oleh kelab lain.”

(Photo by Chris Brunskill Ltd/Getty Images)

“Atas sebab yang sama, kelab ini turut sama berusaha untuk mendapatkan khidmat beliau. Dan untuk itu, saya yakin Sanchez adalah pembelian yang tepat, bukan hanya kerana kualiti tetapi juga untuk mentaliti yang pemain ini miliki.”

“Pasukan ini perlukan semua itu. Pasukan ini perlukan lebih pengalaman dan juga permainan menyerang yang agresif seperti yang dipamerkan oleh Sanchez.”

“Maka apabila kita mempunyai peluang untuk membawa Sanchez ke Old Trafford, ia hanya satu peluang itu, atau anda akan terlepas peluang tersebut,” jelas Mourinho.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN