Pemain tengah Liverpool dan England, Alex Oxlade-Chamberlain bakal terlepas aksi Piala Dunia selepas mengalami kecederaan ketika aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara yang menyaksikan The Reds menang 5-2 ke atas Roma.
Pemain berusia 24 tahun itu menyertai Liverpool daripada Arsenal, Ogos lalu diusung keluar pada selepas 18 minit permainan kerana terkena terjahan keras daripada pertahanan Roma, Aleksandar Kolarov.
OFFICIAL: Liverpool have confirmed that Alex-Oxlade Chamberlain will miss the World Cup after sustaining a knee ligament injury in the 5-2 Champions League win vs. Roma. pic.twitter.com/bJmiNPdVTy
— Squawka Live (@Squawka_Live) April 25, 2018
Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp berkata, musim ini sudah tamat buat pemain kebangsaan England itu.
“Ya, itulah keadaannya, sangat tidak bernasib baik. Bahagian perubatan kami sangat bimbang walaupun tidak sebarang imbasan dilakukan tetapi bagi saya aksinya musim ini sudah tamat.
“Kecederaan itu agak serius. Sekiranya kami tahu tahap kecederaan itu sebelum imbasan dilakukan, ternyata ia bukan perkhabaran baik dan bagi kami ia adalah kehilangan besar.
“Kami memiliki beberapa lagi perlawanan penting dan skuad kami tidak akan bertambah besar buat masa sekarang, jadi jelas sekali kami perlu menjadi lebih kreatif,” katanya.
— Alex Ox-Chamberlain (@Alex_OxChambo) April 25, 2018
“Kecederaan ini benar-benar meremukkan hati saya pada masa yang sangat penting. Saya kecewa. Saya tidak akan dapat memainkan peranan penting dalam Piala Dunia bersama England.
“Bagaimanapun, saya akan memberi sokongan kepada rakan sepasukan. Saya tahu kami mempunyai kemampuan untuk melakukan sesuatu yang istimewa dalam kejohanan ini, saya akan memberikan segala diperlukan untuk memastikan saya kembali secepat mungkin.,” katanya