Jerman Hantar Permohonan Rasmi Bidaan Penganjuran Euro 2024

Jerman

Awal hari ini, delegasi daripada Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) telah menghantar dokumen berkaitan bidaan bagi menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Eropah (EURO) bagi tahun 2024.

Badan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam kenyataannya telah memaklumkan bahawa DFB telah secara rasminya telah menghantar dokumen tersebut di ibu pejabat Nyon, Switzerland.

Tarikh tutup

Pasukan bidaan Jerman membentangkan cadangan mereka di hadapan Canselor Jerman, Angela Merkel. Sumber: The Mainichi.

UEFA telah menetapkan 27 April sebagai tarikh akhir untuk mana-mana ahlinya bagi menghantarkan dokumen bidaan kejohanan itu.

EURO 2020 bakal diadakan di sekitar kota raya ternama di Eropah dan perlawanan separuh akhir dan akhir bakal berlangsung di Stadium Wembley.

Manakala untuk edisi 2024, sebuah negara akan dipilih sebagai hos kejohanan tumpuan ramai itu.

DFB telah memilih slogan ‘United by Football’ dalam kempen bidaan mereka kali ini. Kali terakhir Jerman menganjurkan EURO ialah pada tahun 1988.

Jerman juga pernah memenangi tiga kali EURO. Mereka memenangi kejohanan itu pada tahun 1996, selepas beberapa tahun penyatuan Jerman.

Sebelum itu, mereka memenangi EURO pada tahun 1972. 8 tahun kemudian, mereka sekali lagi merangkul trofi berprestij bola sepak Eropah itu. Pada waktu tersebut, mereka menggunakan nama Jerman Barat.

Bekas pemain antarabangsa Jerman dan kelab Bayern Munich, Phillip Lahm telah terpilih sebagai duta untuk bidaan kali ini. Phillip menjelaskan bahawa beliau merasakan Jerman sesuai menjadi tuan rumah kerana mempunyai stadium dan fasiliti bola sepak yang moden.

Akan ada pesaing?

Jerman tidak bersendirian dalam mencari peluang menganjurkan EURO pada 2024. Turki dikatakan bakal mencabar Jerman sebagai hos.

Beberapa hari lagi, delegasi daripada Turki bakal tiba di Nyon untuk menghantar dokumen berkaitan bidaan mereka.

UEFA akan melantik satu jawatankuasa penilaian untuk menilai negara manakah berhak menjadi tuan rumah. Berkemungkinan juga pasukan bidaan ini akan membuat pembentangan di hadapan jawatankuasa tersebut.

Keputusan bidaan ini dijangkakan akan dibuat pada September ini di Dublin, Republik Ireland.

Nampaknya, penganjuran kejohanan ini bukan kerja mudah. Ia memerlukan fasa-fasa tertentu yang perlu dilalui. Pelaburan wang perlu diutamakan bagi menjayakan kempen ini.

Mana pilihan anda? Jerman atau Turki?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN