Bibi Ramjani Kritik Penyokong Yang Tak Faham Situasi Khairul Fahmi Dan Badhri Radzi

Sebaik sahaja KAFA mengeluarkan kenyataan mahu mengeluarkan Badhri Radzi dan Khairul Fahmi dari pasukan atas sebab tiada dalam perancangan jurulatih, ramai peminat Kelantan tidak selesa dengan cara KAFA.

Ini kerana 2 pemain ini dikira legenda dalam pasukan Kelantan. Lagipun 2 pemain ini masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mereka mahu pergi ke mana-mana pasukan.

Hanya dengan status ada pasukan berminat, itu sudah biasa dalam bola sepak. Ada peminat Kelantan yang merasakan KAFA perlu lebih baik dalam mengendalikan situasi 2 pemain ini.

FOTO: Kelantan FA

Sebentar tadi, Presiden KAFA, Bibi Ramjani mengkritik penyokong yang dikatakan lebih banyak menyokong 2 pemain ini suara berbanding dengan menyokong mereka di stadium.

“Faham, kaji..selidik dan sahkan (dahulu) tentang status pemain, Apek (Khairul Fahmi) dan Piya (Badhrul Radzi).”

“Membantu bersuara lebih bersemangat dari membantu menyokong mereka di stadium.”

“Apek ada kontrak yang lama sehingga 2018. (Ada) dirisik tetapi belum dilamar.”

“Piya pula, andai sesiapa pun hebat dalam pasukan rezeki ada di mana-mana.”

KAFA kelihatan sudah menekan butang panik selepas prestasi hambar pasukan Kelantan setakat ini.

“Pasukan Kelantan FA berada di tangga ke -11 dari 12 pasukan setelah beberapa perlawanan.”

Bibi Ramjani juga mengakui mereka berhubung rapat dengan beliau dan meletakkan pasukan sebagai keutamaan.

“Pasukan adalah segala galanya. Kejarlah peluang ketika ada kerana waktu pasti beredar.”

Beliau juga memberikan bayangan yang lesen Liga Super 2018 pasukan Kelantan adalah bersyarat dan boleh ditarik pada bila-bila masa jika ada masalah dalam pengurusan.

“Dikhabarkan lesen 2018 tidak mustahil untuk ditarik balik kerana kelulusan lesen hanyalah diberikan dengan bersyarat untuk dilaksanakan.”

Ada juga peminat merasakan KAFA sepatutnya lebih teliti ketika menandatangani dan memberikan kontrak kepada pemain ketika pra-musim tempoh hari.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN