Kecederaan penyerang import pasukan Terengganu FC I (TFC I), Kipre Tchetche memaksa pasukan itu kemungkinan akan meminjam penyerang daripada skuad ‘adik’ (Terengganu FC II (TFC II), Akanni Sunday bagi menghadapi saingan Liga Super.
Menurut laporan dari Berita Harian, ketua jurulatih TFCII, Mustaffa Kamal Abd Wahab mengesahkan pasukan utama mahu meminjam penyerang import berusia 34 tahun untuk dua perlawanan bertemu Kedah Jumaat depan dan Pahang, pada 1 Mei nanti.
Mustaffa berkata, Tchetche terpaksa direhatkan sementara dan tidak dapat beraksi dalam dua perlawanan penting itu namun ia tidak menjejaskan persiapan pasukannya.
“Wasiu bakal dipinjamkan kepada TFC untuk dua perlawanan dengan Kedah dan Pahang saja kerana Tchetche tidak dapat beraksi akibat kecederaan ketika bertemu Melaka United (MU),” kata Mustaffa.
“Sebelum membantu TFC, penyerang ini terlebih dulu beraksi bersama TFCII untuk menghadapi Pulau Pinang, Selasa ini dalam saingan Liga Perdana di Batu Kawan.” katanya.
Tchetche meledak dua gol sebelum dikeluarkan dalam kemenangan 3-0 ke atas MU di Stadium Hang Jebat, pada 13 April lalu.
Sebelum ini, tiga pemain TFCII sudah dinaikkan pangkat ke dalam pasukan utama – Bruno Junichi Suzuki, Mohammad Haidhir Suhaini dan Muhammad Aliff Fitri Jefri.