Sir Alex Ferguson menyifatkan bekas pesaing utamanya yang sudah mengumumkan untuk meninggalkan Arsenal pada penghujung musim ini, Arsene Wenger sebagai salah seorang pengurus terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL).
Perseteruan yang dirindui antara Ferguson dan Wenger sentiasa menghangatkan pertembungan Manchester United dan Arsenal satu ketika dahulu.
Dua pengurus legenda ini juga sering tidak sebulu dan berbalah dalam usaha mahu membuktikan kejaguhan skuad yang dibimbing mereka.
Perseteruan mereka mencapai tahap maksimum setelah Manchester United berjaya menamatkan rekod tanpa kalah Arsenal dalam saingan liga pada Oktober 2004, keadaan dimana Cesc Fabregas telah membaling Pizza terhadap Alex Ferguson di terowong Old Trafford.
Namun, semua itu hanya tinggal kenangan dan bekas pengurus dari Scotland itu menegaskan bahawa beliau berbangga mempunyai pesaing dan rakan seperti Arsene Wenger.
”Saya sangat gembira dengan Arsene Wenger. Saya mempunyai rasa hormat yang cukup tinggi buat dia dan diatas kerja yang telah dilaksanakannya di Arsenal,” kata Ferguson.
”Ia merupakan bukti besar terhadap bakatnya, profesionalisme dan kesungguhan bahawa dia telah mendedikasikan 22 tahun dalam hidupnya untuk pekerjaan yang dicintai.”
”Di kawasan dimana pengurus bola sepak kadangkala hanya bertahan untuk satu atau dua musim sahaja, ianya menunjukkan prestasi yang dicapai untuk berbakti dalam tempoh yang lama di Arsenal.”
”Tanpa diragukan, dia merupakan salah seorang daripada pengurus yang terhebat dalam Liga Perdana Inggeris .”
”Saya berbangga dapat menjadi pesaing, rakan sejawatan dan seorang rakan kepada seorang lelaki yang hebat.”